ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 7 Jun 2020.
1) 19 kes baharu, 11 kes melibatkan rakyat Malaysia
Malaysia merekodkan 19 kes baharu COVID-19 sepanjang temboh 24 jam yang lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
2) Wujud kemungkinan Malaysia putuskan rantaian COVID-19 tanpa guna vaksin
Wujud kemungkinan Malaysia mampu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 tanpa menggunakan vaksin. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata garis panduan kesihatan awam yang ketat perlu dipatuhi rakyat.
3) PKPP: R-naught kini 0.3, laksana PKPD jika wujud jangkitan dalam komuniti
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya menurunkan kadar R-naught kepada 0.3.
4) Bersedia untuk balik kampung? Ini 10 perkara penting dalam Perutusan Khas Perdana Menteri
Sejak Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, umum berpendapat hari ini merupakan hari paling gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan banyak kelonggaran sekatan.
5) PKPP: Aktiviti komersial dibenarkan, waktu operasi perniagaan kembali seperti biasa
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan dibenarkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
6) PKPP: Jangan terlalu gembira, PKPD dikuat kuasa jika kes meningkat mendadak
Kerajaan tidak teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19 sepanjang tempoh PKP Pemulihan (PKPP).
7) PKPP: Kebanyakan aktiviti sukan, rekreasi tidak babit perhimpunan dibenarkan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, mengumumkan beberapa jenis aktiviti sukan dan rekreasi akan dibenarkan semula dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
8) Pecah rekod, hotel di Langkawi terima 1,000 tempahan dalam tempoh sejam
Sektor perhotelan di Langkawi menerima 1,000 tempahan daripada pelancong domestik sebaik sahaja aktiviti untuk merentas negeri dan melancong dibenarkan kerajaan bermula 10 Jun ini.
9) PKPP bantu pulih kesihatan mental dan ekonomi negara
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad dilihat sebagai keputusan terbaik bagi seluruh rakyat negara ini.
10) Tukang gunting rambut gembira dapat 'bernafas semula'
Keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan gunting rambut beroperasi semula mulai Rabu ini ternyata memberi kegembiraan kepada tukang gunting kerana mereka dapat 'bernafas semula' setelah tiada pendapatan hampir tiga bulan.
Faris Danial Razi
Sun Jun 07 2020
Berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 7 Jun 2020.
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.