ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 27 Ogos 2020.
1) COVID-19: Lima kes baharu termasuk tiga kes tempatan di Melaka
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada lima kes baharu yang direkodkan, dua adalah kes import manakala tiga penularan tempatan.
2) Kluster Tawar, PUI Sivagangga mungkin daripada sumber sama
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia berikutan hasil ujian 14 sampel yang diambil bagi tujuan full genome sequencing mendapati sebahagiannya terdapat mutasi D614G.
3) Tiada sambutan Hari Kebangsaan berskala besar, ini lima perkara penting sidang media Ismail Sabri
ambutan Hari Kemerdekaan berskala besar tidak akan diadakan pada tahun ini, menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri.
4) PKPD secara pentadbiran dilaksana di Aman Jaya, Kedah
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penguatkuasaan itu akan bermula 28 Ogos sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
5) Mukhriz sahkan anak, menantu ditahan di pub langgar PKPP
Bakal Presiden Parti Tanah Air (Pejuang) itu berkata, anak dan menantunya bagaimanapun, sudah membayar kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut.
6) Guan Eng sifatkan pendedahan Tengku Zafrul sebagai 'penipuan terbesar'
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa, daripada 101 perolehan kerajaan secara rundingan terus yang didedahkan oleh Menteri Kewangan Perikatan Nasional (PN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hanya 0.07 peratus atau RM352 juta dibuat ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).
7) Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Dalam sesi 'Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad', pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.
8) Mohd Khairuddin hadir di Bukit Aman beri keterangan malam ini
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali hadir ke Bukit Aman malam ini bagi memberi keterangan susulan kegagalan mematuhi kuarantin wajib di rumah.
9) MIC tarik diri daripada Perikatan Nasional - Zahid Hamidi
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan MIC menarik diri daripada menyertai Perikatan Nasional (PN).
10) Tertembak pegawai bank, dua pengawal keselamatan ditahan
Seorang pegawai bank parah terkena tembakan yang dipercayai dilepaskan secara tidak sengaja oleh pengawal keselamatan premis institusi kewangan itu di Jalan Bandar Baru Rawang 2 di sini, pada Khamis.
Astro Awani
Thu Aug 27 2020

Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 27 Ogos 2020. - Astro AWANI

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).