MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 15 Oktober 2020.
Kerajaan menetapkan peraturan yang membenarkan maksimum empat orang satu meja apabila makan di restoran sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Larangan pergerakan radius 10 kilometer (km) yang dikenakan dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terdahulu sudah tidak lagi terpakai di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh mengadakan solat Jumaat berjemaah dengan beberapa syarat.
Keupayaan besar Malaysia dalam kesiapsiagaan dan tindak balas mendepani wabak membantu mewujudkan asas yang stabil bagi tindak balas terhadap pandemik COVID-19 setakat ini, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sebanyak 589 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,129 kes.
Seramai 604 individu daripada 23 kluster baharu yang mendapat jangkitan COVID-19 dari Sabah berkemungkinan membawa mutasi jenis D614G.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan berhubung penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau sebagai perdana menteri.
Bonda Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat awal hari ini kerana sakit tua.
Sejurus Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti lebih 120 ahli Parlimen pada satu sidang media 23 September lalu, ia dilihat telah mencetuskan bibit perpecahan dalam kalangan parti UMNO.
Kesemua 99 penumpang penerbangan MH2608 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Labuan pada 8.35 pagi, 11 Okt lepas diminta menjalani ujian saringan COVID-19 selepas salah seorang penumpang pesawat itu didapati positif ujian virus tersebut, baru-baru ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami