ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Februari 2021.

1. Tiada kaedah lain dapatkan vaksin COVID-19, hanya melalui suntikan - Khairy

Tidak ada cara lain untuk mendapatkan vaksin COVID-19, selain suntikan.
Hal itu dijelaskan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika muncul sebagai tetamu radio Era, petang tadi.

2. Annuar Musa selesai beri keterangan kepada polis kes dakwaan langgar SOP

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa selesai memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa menghadiri majlis baru-baru ini.

3. Program imunisasi dilaksana di 605 pusat pemberian vaksin

Sebanyak 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi melaksanakan program vaksinasi pada hujung bulan ini.

4. Pendaftaran penerima vaksin COVID-19 dibuka bermula 1 Mac

Pendaftaran bagi penerima vaksin COVID-19 bermula 1 Mac depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

5. Premis jual produk kambing perap guna logo halal tanpa kelulusan diserbu

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah premis menjual produk kambing perap di Kampung Kelewek, di sini, hari ini, kerana menggunakan logo halal tanpa kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

6. COVID-19: Kes sembuh 5,718, jangkitan baharu 2,720 dan lapan kematian

Malaysia mencatatkan lapan lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara adalah sebanyak 983 kes.

7. PKP 2.0 di Selangor, KL, Johor, P. Pinang disambung hingga 4 Mac

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang yang dijadualkan tamat pada 18 Feb, akan disambung sehingga 4 Mac depan.

8. COVID-19: Malaysia lebih 'selesa' jika 60 hingga 70 peratus berjaya divaksin tahun ini - Pakar

Malaysia bermungkinan akan lebih bersedia menghadapi pandemik COVID-19 pada 2022 sekiranya 60 hingga 70 peratus rakyat di negara ini menerima vaksin tahun ini.

9. Tiada jalan pintas kelulusan vaksin COVID-19, ikut syarat ditetapkan - Presiden MPS

Kelulusan vaksin COVID-19 yang memasuki pasaran di Malaysia tidak mengikut jalan pintas, sebaliknya dikenakan syarat ketat bagi memastikan ia selamat, berkesan dan berkualiti.

10. Vaksin COVID-19: Saringan sejarah alahan, kesihatan dijalankan sebelum suntikan

Saringan sejarah alahan dan kesihatan akan dilakukan sebelum seseorang individu itu boleh disahkan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

10 Berita Pilihan - (16 Februari 2021)