MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mei 2021.
Walaupun trend jenayah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19 menunjukkan penurunan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan peningkatan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Pengerusi Finas positif COVID-19
2. Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid disahkan positif COVID-19, berdasarkan daripada keputusan ujian saringan yang diperoleh semalam.
Sebuah pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 berdekatan perairan Sabah dan Brunei dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu kaki sokongan pelantar itu.
Mahkamah Tinggi memerintahkan Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, membayar cukai pendapatan RM67,996,891.87 kepada Kerajaan Malaysia selepas gagal memasukkan kehadiran dalam saman difailkan kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Biarpun kadar kes darah beku berkenaan vaksin AstraZeneca amat rendah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memberi jaminan akan terus memantau sebarang kejadian yang berkaitan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secara berperingkat mulai Jumaat ini kepada 8.4 juta penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daripada sembilan daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini, melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai prosedur operasi Standard (SOP) Hari Raya Aidilfitiri yang dijangka disambut pada 13 Mei ini.
Sebanyak 3,120 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan terkini ialah sebanyak 420,632 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor kekal tertinggi dengan 675 kes baharu positif COVID-19.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata mereka hanya perlu menunjukkan maklumat berkaitan temu janji dalam aplikasi MySejahtera, laman web atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami