ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Mei 2021.
1. COVID-19: Majoriti rakyat masih patuh SOP, tapi segelintir sudah letih - Pakar
Tular di media sosial kebelakangan ini mengenai gambar dan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh pelbagai pihak hingga mencetuskan kemarahan orang ramai lebih-lebih lagi ketika negara masih mencatatkan angka jangkitan COVID-19 yang tinggi.
2. Sarawak luluskan penggunaan vaksin AstraZeneca
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca juga dikenali sebagai (Vaxzeyria) untuk digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri itu.
3. Polis siasat video tular ramai berkumpul ziarah Aidilfitri
Polis Klang Selatan menjalankan siasatan terhadap satu rakaman video sambutan Aidilfitri secara beramai-ramai yang tular baru-baru ini.
4. Pakar cadang PKP lebih ketat, tutup pusat beli-belah untuk kawal COVID-19
Malaysia perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh sekiranya mahu menurunkan semula kes positif COVID-19 yang kian meningkat sejak beberapa bulan lepas.
5. Gagal bayar cukai pendapatan: Anak Najib turut terima notis bankrap LHDN
Selain Datuk Seri Najib Tun Razak, anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana gagal melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi Julai tahun lepas.
6. Rayuan SRC: Pembelaan tutup kes, Shafee harap Mahkamah Rayuan berpihak kepada Najib
Ketua peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah percaya anak guamnya tidak perlu dipanggil membela diri selepas membentangkan hujah tentang Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dikatakan terkhilaf dalam menentukan kes prima facie.
7. COVID-19: 4,865 kes baharu, jumlah kematian terus melonjak dengan 47 kes
Sebanyak 4,865 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada 18 Mei menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 479,421 kes.
8. PKPD di Pelagat, Besut dan 2 lokaliti di Tanjung Manis, Mukah bermula 20 Mei
Mukim Pelagat di Besut, Terengganu serta Rumah Panjang Wun Ak Ering dan Sekolah Kebangsaan Bakerkong di Tanjung Manis, Mukah, Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 20 Mei hingga 2 Jun depan.
9. KKM jangka berlaku lonjakan lagi kes baharu COVID-19
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan akan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang telah berlaku di banyak negara lain.
10. COVID-19: Semua kerajaan negeri dibenar beli vaksin sendiri - Khairy
Kerajaan negeri dibenarkan untuk membeli bekalan vaksin mereka sendiri dengan syarat mendapat kelulusan Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA).
Astro Awani
Tue May 18 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Mei 2021.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.