ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 Februari 2022.


1. PRN Johor: Tun M beri amaran, dakwa negara bakal dikuasai kleptokrat jika Najib kembali berkuasa

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran sekiranya Datuk Seri Najib Razak kembali berkuasa, negara akan dikuasai dan ditadbir oleh seorang kleptokrat daripada kluster mahkamah untuk disamun dan dirompak. 



2. Bukan mengagungkan, 'Premier' untuk iktiraf status Sarawak - Abang Jo

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 melibatkan penukaran terma Ketua Menteri kepada 'Premier' bukan bertujuan untuk mengagung-agungkan negeri Sarawak.


3. Ivermectin tidak berkesan cegah gejala teruk COVID-19 - Kajian penyelidik Malaysia

Satu kajian dijalankan di Malaysia mendapati Ivermectin tidak berkesan menyembuhkan pesakit COVID-19 yang mengalami gejala teruk.


4. MA63 asas kembalikan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sarawak dan Sabah - Hasidah

Kerajaan Negeri Sarawak akan terus mengintai usaha untuk mengembalikan komposisi satu pertiga kerusi Sarawak dan Sabah di Dewan Rakyat seperti yang termaktub semasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


5. Tun M kembali kayuh 'gerek' di Putrajaya

Bekas Perdana Menteri itu menarik perhatian para pengikut beliau apabila menulis perkataan ‘gerek’ menggantikan basikal dalam loghat Kedah.


6. Tular kecoh di HRPB, polis tahan seorang lelaki, kesan enam lagi

Polis telah memberkas seorang lelaki ekoran kekecohan yang berlaku di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pada awal pagi Sabtu.


7. Dos penggalak: Berhenti baca konspirasi sampah di Facebook - Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekali lagi mengesa orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang konspirasi berhubung dos penggalak.


8. Kanak-kanak dijangkiti COVID-19 perlu divaksin elak keradangan organ - Dr Noor Hisham

Kanak-kanak bawah 18 tahun yang dijangkiti COVID-19 boleh mengalami Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) iaitu keadaan kritikal yang boleh berlaku apabila terjadinya keradangan organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru dan otak.


9. BATC: Malaysia muncul juara selepas jinakkan Indonesia

Skuad lelaki negara menepati ramalan untuk menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia selepas menumpaskan juara bertahan, Indonesia, 3-0 di Setia City Convention Centre, Shah Alam sebentar tadi.


10. Zahid Hamidi nafi bawa fail jumpa Muhyiddin, cabar buat sumpah laknat

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan pernah berjumpa dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meminta pertolongan bagi melepaskan diri daripada kes mahkamah.