ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Februari 2022.


1. PM beri jaminan rakyat Malaysia di Kemboja, sempadan negara dibuka tidak lama lagi 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kepada rakyat Malaysia di Kemboja bahawa Malaysia akan membuka sempadannya tidak lama lagi yang akan memudahkan proses perjalanan terutama bagi mereka yang menetap di luar negara. 



2. Negara berada pada unjuran baik capai sasaran ekonomi ditetapkan - Ismail Sabri

Perkembangan ekonomi dan jumlah pelaburan langsung asing pada 2021 menunjukkan bahawa negara berada pada landasan dan unjuran yang baik untuk mencapai sasaran ekonomi yang ditetapkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 


3. PRN Johor: BN kemuka 70 peratus muka baharu

Barisan Nasional hari ini mengumumkan calon untuk 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


4.  Kerja pemulihan pasca banjir kawasan Hulu Langat hampir selesai

Kerja-kerja pemulihan jalan di sekitar Hulu Langat yang terjejas akibat bencana banjir besar yang melanda kawasan itu hujung tahun lepas hampir selesai, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.


5. PRN Johor: PN kemuka 41 muka baharu, calon kena angkat sumpah

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua calon dikemukakan adalah terdiri daripada 50 calon lelaki dan enam wanita yang berkelayakan serta berpengalaman.


6. 'Ibu rindu pada arwah ayah' - Anak bongsu Allahyarham Harussani

Pemergian arwah suami, yang juga Bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria dan anak sulungnya, A. Abdul Hakim Mazhar, pada tahun lalu nyata meninggalkan rasa rindu mendalam kepada Allahyarham Puan Sri Ainon Abdul Ghani.


7. Kontak rapat tidak perlu kuarantin jika sudah dapat dos penggalak

Individu berusia 18 tahun dan ke atas yang merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19 namun sudah mendapat dos penggalak tidak perlu menjalani perintah pemerhatian dan pengawasan di rumah (HSO) sekiranya tidak bergejala pada hari pertama.


8. Malaysia bawa keluar 11 rakyat dari Ukraine

Usaha membawa keluar rakyat Malaysia yang kini berada di Ukraine sedang digerakkan walaupun situasi di Kiev tidak begitu meruncing, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


9. Amaran hujan berterusan peringkat buruk sehingga 26 Feb - MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan peringkat buruk di Terengganu, Pahang dan Johor hingga hingga Sabtu ini.


10. PICKids secara jumpa terus di PPV terpilih mulai 1 Mac

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataan hari ini berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan mengeluarkan senarai PPV berkenaan melalui laman sesawang JKN masing-masing dalam masa terdekat.