ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Ogos 2022.

1. Pilih pemimpin yang peka nasib orang Melayu - Dr Mahathir

Orang Melayu perlu memilih golongan pemimpin yang tidak terdiri daripada mereka yang hanya memandang kekayaan dan kuasa. 

2. Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri

Seorang jururawat didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia lapan bulan, minggu lepas.

3. Ziyad sumbang emas pertama Malaysia di Solo

Jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli menepati ramalan apabila beliau menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 hari ini. 

4. Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' 

Pemergian Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggalkan kesan kepada bidang korporat, pendidikan dan politik tanah air, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5. Ainul Mardhiah kritikal akibat jangkitan virus, ditempatkan di PICU - Ibu

Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan akibat kanser mulut, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus.

6. Merakam polis lakukan serbuan, tangkapan melalui telefon bimbit satu kesalahan - KDN

Tindakan netizen merakamkan video atau membuat siaran secara langsung (live) menggunakan telefon bimbit ketika pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan serbuan atau tangkapan di tempat awam merupakan satu kesalahan, tegas Kementerian Dalam Negeri (KDN).

7. Sultanah Nur Zahirah tidak pernah campuri urusan pentadbiran kerajaan negeri

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa baginda tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain tidak tahu mengenai penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan entiti dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

8. Penghibur legenda Francissca Peter, Siti Fairuz kini bergelar Datuk

Dua penghibur legenda tanah air, Luciana Francissca Lucian G Peter atau lebih popular dengan nama Francissca Peter dan Siti Fairuz Sheikh Mohamed kini bergelar Datuk, selepas menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang disampaikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

9. Jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera pesawat ringan terhempas di Ipoh

Seorang jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini pada Isnin malam.

10. Kadar denda GEG dikurangkan kepada RM500 - Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pengurangan denda standard untuk ‘Generational End Game’ (GEG) dalam Akta daripada RM5,000 kepada RM500.