ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Julai 2023.


1. 'Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu' - Bibi Sharliza

Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah menjadi perkara biasa dalam pilihan raya ada calon yang ditampilkan dalam kalangan ahli keluarga. 



2. Amanah terkejut BN letak calon di DUN Tepuh

Parti Amanah Negara (Amanah) terkejut selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepuh ketika Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada malam Jumaat.


3. Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan sertai DAP

Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Mohd Zulkifli Zakaria menyertai DAP selepas menyerahkan borang keahliannya kepada wakil parti berkenaan malam tadi.


4. Kemasukan Tingkatan Enam hanya melalui pengetua sekolah

Kemasukan pelajar bagi menyambung pengajian ke Tingkatan Enam kini hanya perlu melalui pengetua sekolah dan tidak lagi perlu memohon tawaran kemasukan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


5. Rakyat Kelantan perlu bangkit buat perubahan - PM Anwar

Rakyat Kelantan perlu bangkit melakukan perubahan bagi membolehkan negeri itu terus membangun dan dimajukan.


6. Amanah bertanding di 31 DUN, Mahfuz di Alor Mengkudu

Parti Amanah Negara (Amanah) akan mempertaruhkan 31 calon pada Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung di enam negeri pada 12 Ogos nanti.


7. Ajaran Si Hulk difatwakan sesat

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa Suhaini Mohammad atau Si Hulk sebagai sesat.


8. Agihan kerusi UMNO, Amanah dipersetujui - Ahmad Zahid

Keputusan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara UMNO dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dipersetujui dan dimuktamadkan oleh pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).


9. PRN Selangor: Tengku Zafrul tidak tercalon, Khairy dakwa wujud permainan kuasa

Ketiadaan nama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor didakwa berpunca daripada permainan kuasa dalam UMNO.



10. Anak sahkan Salahuddin Ayub meninggal dunia

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sejak Jumaat lalu disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam, Ahad.