NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Mei 2025.
Jumlah individu yang bekerja meningkat daripada 16.91 juta hujung tahun 2023 kepada 17.34 juta pada hujung tahun 2024.
Semua pihak yang terlibat dalam pembangunan kelab bola sepak perlu mencari jalan keluar kepada permasalahan kestabilan.
Allahyarham yang berusia 63 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan majikan di seluruh negara agar tidak menindas pekerja selain memberikan mereka gaji bermaruah.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam van sekolah dinaikinya hampir lima jam, semalam.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa pemilihan calon Menteri Besar atau Ketua Menteri akan dikemudiankan sehingga keputusan PRU atau PRN diumumkan.
Kekalahan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak pada 26 April tidak sepatutnya dikaitkan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pengerusi.
Kerajaan komited dalam usaha membangunkan infrastruktur di kawasan perumahan Felda generasi kedua hingga keempat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Harga telur ayam di pasaran kekal stabil meskipun kerajaan mengumumkan pengurangan kadar subsidi daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji yang berkuat kuasa hari ini, sebelum dihentikan sepenuhnya pada 1 Ogos nanti.
Tun Ramli Ngah Talib mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan di Dewan Sri Pinang berkuat kuasa 1 Mei 2025.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami