awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
04/05/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Mei 2025.
1. PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar kenyataan isu Petronas-Petros
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan mengenai isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) atas dasar kepentingan bersama.
2. Dua penunggang maut, motosikal terbakar bertembung sesama sendiri
Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung lalu terbakar dalam kemalangan di Jalan Sungai Kechil berdekatan Jawi Golf Resort, di Nibong Tebal.
3. Realiti pendapatan rendah, Malaysia semakin ketinggalan - Bekas Gabenor BNM
Malaysia kini berada di ambang kemunduran ekonomi sekiranya tiada reformasi menyeluruh dilaksanakan terhadap sistem pendidikan dan struktur pekerjaan negara.
4. Polis sudah rakam keterangan pegawai SPRM, peguam wanita dipercayai diculik
Polis telah mengambil keterangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan peguam kepada wanita dikenali sebagai Pamela Ling, yang dipercayai diculik ketika dalam perjalanan untuk memberi keterangan kepada SPRM, 9 April lalu.
5. Mat Kilau Madinah, pilihan rakyat Malaysia
Mohammed Asrwry lebih mesra dipanggil dengan nama jolokan Mat Kilau, sering menjadi tumpuan pembeli dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.
6. 2,474 bekas ahli GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,474 bekas ahli GISB Holdings (GISB) termasuk 1,410 kanak-kanak menyertai program pemulihan akidah di bawah kendalian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
7. Penyalahgunaan, penyeludupan dadah di Kelantan membimbangkan - Saifuddin
Situasi penyalahgunaan dan penyeludupan dadah di Kelantan sangat membimbangkan berdasarkan data tangkapan, reman dan sabitan yang menunjukkan trend peningkatan sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
8. Penarikan subsidi telur: KPKM akan perbanyak keluaran telur gred khas – Mohamad Sabu
Menteri Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah ini memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan pada harga lebih murah sekali gus menstabilkan harga telur ayam.
9. PM Anwar adakan perbincangan dengan Probowo untuk perkukuh kerjasama pelbagai bidang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto untuk memperkukuh hubungan kerjasama meliputi pelbagai bidang.
10. Cadangan bubar MCA, sertai DAP tidak mungkin berlaku - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata cadangan berkenaan juga tidak melambangkan pendirian DAP selain tidak pernah dibincangkan di dalam parti itu.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita utama
#berita pilihan
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan