NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rahu, 14 Mei 2025.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Prof Dr P Ramasamy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 17 pertuduhan pecah amanah dana milik Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang berjumlah RM859,131.29.
Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam direman selama empat hari bermula hari ini.
Jumlah kelahiran hidup di Malaysia merekodkan penurunan sebanyak 11.5 peratus kepada 93,500 berbanding 105,613 kelahiran pada suku tahun pertama 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini.
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan enam individu, termasuk pakar patologi bersara Dr R Kunasegaran, yang sebelum ini disabitkan dan dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kevin Morais, kira-kira 10 tahun lalu.
5. Nahas trak FRU: Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan sedia laporan siasatan - Fahmi Fadzil
Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan bagi melengkapkan laporan siasatan nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, pada Selasa.
Tarikh akhir untuk mengemukakan e-Borang Tahun Taksiran 2024 (TT 2024) bagi individu pemastautin tidak menjalankan perniagaan adalah pada Khamis, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam nahas di Teluk Intan sehingga meragut nyawa sembilan anggotanya disahkan mempunyai rekod penyelenggaraan yang baik.
SPRM menahan tiga pegawai institusi perbankan di Kuala Lumpur melibatkan pengurus perniagaan, ketua jabatan dan pengurus cawangan kerana disyaki terlibat pengubahan wang haram serta rasuah membabitkan permohonan pinjaman lebih RM21 juta.
Bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bahawa perjanjian persefahaman (MoU) berhubung projek mega berkaitan pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang tidak menyatakan projek itu dibuat secara tender terbuka.
Kedah tidak akan menyambung pembaharuan lesen penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini, yang dikhuatiri turut menjadi satu daripada alat untuk penyalahgunaan dadah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami