NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Mei 2025.
Beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bakal secara rasmi menjadi pasangan nombor satu dunia bermula Selasa ini, menggantikan tempat wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Sarawak bakal muncul sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 sambil memainkan peranan utama dalam peralihan tenaga hijau serantau.
Lebih empat dekad mencurahkan bakti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki tetap teguh dengan prinsip tidak mengharapkan sebarang pengiktirafan atau sanjungan atas segala jasanya.
4. ASEAN muktamad rundingan ACFTA 3.0, ATIGA bagi perkukuh integrasi dan pertumbuhan - Tengku Zafrul
Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN hari ini memuktamadkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0, dan penyempurnaan naik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA), satu langkah penting untuk integrasi ekonomi dan pertumbuhan yang lebih utuh.
Rundingan mengenai Memorandum Perjanjian Dipertingkatkan bagi Grid Kuasa ASEAN (APG), yang bertujuan memperkukuh keselamatan, kesalinghubungan dan kemampanan tenaga, dijangka dimuktamadkan dan dimeterai pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43, Oktober ini.
Timor Leste perlu bekerja lebih keras untuk memenuhi Instrumen Undang-Undang ASEAN supaya dapat menjadi anggota penuh blok rantau itu.
Malaysia menghargai peranan Vietnam yang disifatkan selaku rakan karib apabila dapat memutuskan keputusan penting seperti projek Grid Kuasa ASEAN (APG).
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun akhirnya menebus kekecewaan sebagai naib juara edisi 2023 apabila muncul juara Masters Malaysia 2025 selepas mengejutkan rakan senegara yang juga juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.
Umat Islam di kebanyakan negara Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini (Jumaat), menurut Pusat Astronomi Antarabangsa.
Kegagalan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memperoleh Lesen Kebangsaan untuk musim 2025/2026 berpunca daripada aspek pematuhan kewangan yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami