NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Mei 2025.
ang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim bakal mengadakan lawatan rasmi pertama ke Rusia pada Ogos ini, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Nur Jazlan Mohamed pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira tujuh bulan disahkan meninggal dunia ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska), di Taman Danau Kota, di sini, Isnin lepas.
Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM261.9 bilion pada April 2025, didorong oleh prestasi eksport dan import yang memberangsangkan.
Sultan Hassanal Bolkiah sedang menerima rawatan di IJN akibat keletihan tetapi berada dalam keadaan stabil dan baik.
Kekalahannya dalam Pemilihan PKR bermakna beliau tidak lagi mempunyai mandat daripada parti untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
"Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri."
Kerajaan menolak sebarang bentuk naturalisasi budaya lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri (LGBTQ) sama ada secara halus atau terbuka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi di sini, minggu lalu.
Malaysia tidak perlu memihak dalam persaingan global teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini didominasi oleh Amerika Syarikat (AS) dan China.
Manchester United terpaksa akur apabila tumpas 0-1 di tangan ASEAN All Stars dalam aksi Maybank Challenge Cup 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, di hadapan lebih 75,000 penyokong yang membanjiri venue ikonik itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami