MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Julai 2025.
Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM100 kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada 15 September 2025 sempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.
Polis menegaskan tindakan menyerbu sebuah perjumpaan tertutup kumpulan gay di sebuah inap desa di Kemumin, di sini, baru-baru ini adalah berasaskan maklumat risikan dan bukti yang sahih, tanpa sebarang niat diskriminasi.
Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak mencari anaknya di kawasan kebun berdekatan Blok R, lokasi Zayn ditemui mati, walaupun sudah menetap di situ selama tiga tahun.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mahu sebarang imuniti, sebaliknya meminta dihadapkan ke mahkamah berhubung kes pertikaian Pulau Batu Puteh.
6. Perhimpunan di ibu negara Sabtu ini: Polis terima 60 laporan
6. Perhimpunan di ibu negara Sabtu ini: Polis terima 60 laporan
PDRM menerima 60 laporan polis dari seluruh negara setakat Rabu lepas, berhubung perhimpunan yang dijadual berlangsung Sabtu ini di ibu negara.
Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin menyatakan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa anak dan menantunya tidak terlibat dalam mengabai dan membunuh cucunya yang juga seorang kanak-kanak autistik, dua tahun lalu.
Sultan Ibrahim menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada susulan cuaca kering ketika ini yang berupaya meningkatkan risiko kebakaran dan jerebu.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Syarikat Kerajaan Persekutuan yang mengandungi perkara dibangkitkan hasil pengauditan terhadap lima program, aktiviti dan projek di tujuh kementerian.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan nota dan memorandum untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan yang dihadapi sektor kesihatan negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami