Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO tiada pilihan lain melainkan menyokong penubuhan Perikatan Nasional (PN) yang diasaskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, jika sokongan itu ditarik semula, UMNO juga akan jatuh dan hilang kuasa.
Dalam masa sama, katanya lagi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PN juga bergantung kepada sokongan UMNO untuk terus menjadi kerajaan.
“Harapan supaya PN menjadi parti gabungan tiga buah parti iaitu Bersatu, PAS dan UMNO tidak jadi kenyataan. UMNO mendakwa bahawa ahlinya hanya dibenar sokong Bersatu supaya Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH) untuk jatuhkan kerajaan PH. Dan pemimpin Bersatu pun telan bulat-bulat rancangan jahat ini.
“Sekarang Bersatu dan Perikatan Nasional bergantung kepada UMNO. Jika orang UMNO tidak sokong jatuhlah PN. Sebaliknya, jika UMNO tidak sokong, mereka juga akan jatuh. Sebab itu UMNO terpaksa sokong,” kata Dr Mahathir lagi.
Beliau berkata demikian dalam catatan terbaharu di blognya bertajuk - “Kekeliruan”.
Mengulas lanjut, bekas Pengerusi PH itu berkata, PN berada dalam keadaan bahaya memandangkan terdapat lima Ahli Parlimen UMNO yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah dan boleh hilang kelayakan sekiranya didapati bersalah.
Seorang Ahli Parlimen pula, katanya, sudah pun disabitkan atas kesalahan dan sedang menunggu proses rayuan, katanya lagi.
Atas faktor itu, Dr Mahathir mendakwa, Bersatu terpaksa menggugurkan prinsipnya sebagai parti mewakili Melayu dan Bumiputera dengan cara membuka ruang yang lebih luas kepada semua kaum di negara ini.
“Untuk elak dari ini berlaku, Perdana Menteri perlu cari ganti. Maka Bersatu pun gugur kedudukan sebagai parti Pribumi dan membuka keahlian kepada semua kaum. Kekalkah nama PPBM. Ini kali keempat Bersatu mungkir janji.
“Sekarang Bersatu membuat keputusan untuk gabung dengan Muafakat. Tetapi Muafakat adalah gabungan parti Melayu Islam. Bersatu parti berbilang kaum dan agama. Apa jadi kepada Muafakat. Masih Melayu Islamkah?” soal bekas Perdana Menteri itu lagi.
Susulan situasi itu, Dr Mahathir berkata, UMNO pula telah terpecah kepada kumpulan yang menyokong kemasukan Bersatu ke Muafakat Nasional dan satu lagi kumpulan yang menentang kemasukan itu.
Situasi yang sama juga berlaku kepada PAS, katanya lagi.
Dengan penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan beliau sendiri, Dr Mahathir berkata, Bersatu terus kehilangan sebahagian besar akar umbi.
“Perdana Menteri takut hilang jawatan jika kehilangan enam kerusi. Sedang mencari pengganti. Dari mana. Mungkin dari Keadilan. Tetapi kosnya tinggi.
"Datang Pejuang. Bersatu hilang akar umbi. Banyak pemimpin tapi kurang yang hendak dipimpin. Jadi parti kosong. Akar umbi pindah ke Pejuang.
“Dalam PRU Bersatu tidak akan dapat sokongan UMNO dan PAS, tidak juga dari PH,” kata Dr Mahathir.
Atas sebab itu, beliau berkata, Bersatu akhirnya akan dibubarkan dan menyertai UMNO sebagai langkah terakhir.
“Cari sakit, dapat sakit,” katanya merujuk kepada Muhyiddin dan Bersatu.
Firdaus Azil
Wed Aug 26 2020
Dr Mahathir dakwa UMNO tiada pilihan lain melainkan menyokong penubuhan Perikatan Nasional yang diasaskan Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.