KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meyediakan kit ujian kendiri (test kit) di semua sekolah termasuk kit ujian berasaskan air liur di sekolah asrama penuh secara percuma apabila sesi persekolahan mula kembali dibuka nanti.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, ia adalah sebagai usaha mewujudkan gelembung selamat di sekolah.
"Kita akan menyediakan beberapa test kit di semua sekolah bagi membolehkan guru mengasingkan pelajar yang bergejala yang melakukan ujian berkenaan dengan segera.
"Kita siap siaga, mungkin pagi pelajar itu datang ke sekolah, dia okay, tapi berada di sekolah dia tidak sihat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Dalam pada itu katanya, pelajar di sekolah berarama penuh perlu menjalani tiga kali ujian saringan iaitu termasuk sebelum memasuki sekolah.
"Sekiranya sekolah asrama itu berada di Kuala Lumpur dan pelajar terbabit berada di Terengganu dan perlu menaiki bas. Kita akan kumpulkan kesemua pelajar di sebuah sekolah asrama di Terengganu dan berikan kit ujian kendiri dan sekiranya negatif mereka boleh menaiki bas datang asrama," katanya lagi.
Sebelum ini KPM mengumumkan, pelajar perlu menjalani ujian saringan pertama COVID-19 sebelum memasuki asrama, diikuti ujian saringan kedua pada hari keenam berada di asrama dan ujian seterusnya pada hari ke-14.
Dalam pada itu, menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Charles Anthony Santiago (PH-Klang) berhubung bayaran RM1,600 yang dikenakan kepada pelajar untuk menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Radzi menjelaskan, berlaku sedikit salah faham di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang.
"Saya mendapat maklumat tersebut malam tadi daripada Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin). Saya semak dan arahkan malam tadi tidak ada sebarang pembayaran yang perlu dibuat.
"Itu adalah sedikit salah faham di PPD Klang, sebab itu timbul di Klang, saya sudah arahkan perkara itu tidak diteruskan," jelasnya.
*Jom kita pantau apa Ahli Parlimen buat pada 13 hingga 15 September; 20 hingga 23 September; 27 hingga 30 September; 4 hingga 7 Oktober; dan 10 hingga 11 Oktober di sini.
Astro Awani
Wed Sep 22 2021
Radzi berkata, KPM akan turut menyediakan beberapa kit ujian kendiri terbabit di semua sekolah di seluruh negara. - Gambar fail/BERNAMA
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
Dakwaan buli: Polis akan rakam keterangan, ibu bapa, rakan, pihak sekolah
Polis akan merakam percakapan ibu, bapa, rakan dan pihak sekolah berhubung dakwaan seorang remaja melarikan diri dari asrama akibat dibuli.
Kluster ILI dikesan di sekolah menengah berasrama di Petaling
PKD Petaling menerima notifikasi 110 orang pelajar bergejala demam, batuk, selesema serta sakit tekak.
Kluster Pendidikan: Khairy minta KPM, kementerian terlibat ketatkan SOP di sekolah asrama
Pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal mungkin sukar dilaksana di sekolah asrama namun peringatan perlu terus disampaikan kepada pelajar.
Polis rekod keterangan kes pelajar dibuli hingga patah tangan
Polis telah memanggil dan merekod keterangan 10 pelajar senior memukul pelajar junior sehingga patah tangan kanan di asrama sebuah sekolah menengah daerah Kulim.
COVID-19: Perak catat satu lagi kes di sekolah
Kes kedua itu membabitkan sebuah sekolah agama di Bagan Datuk, difahamkan daripada kluster Batu 20 Selekoh.
Dewan Rakyat: KPM sediakan kit ujian kendiri di semua sekolah - Radzi
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meyediakan kit ujian kendiri air liur di semua sekolah asrama penuh secara percuma.
Tawaran kemasukan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 MRSM 2021 boleh disemak mulai esok
Calon yang berjaya akan menerima permakluman menerusi SMS atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.
SPM: Calon positif COVID-19 di Kelantan tidak ambil peperiksaan hari ini
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin berkata, pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
'Anak ditutup mulut dengan kain, ditampar serta disepak berulang kali' - Ani Mayuni
Penyanyi Ani Mayuni mengakui sukar tidur malam apabila mengenangkan nasib anaknya, sulungnya, Wirda Viviana Zairi yang dibuli ketika tinggal di asrama sebuah sekolah di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Sungai Telaga Air penghubung ikatan persahabatan Haziqmal dan Muzzammil
Dari jauh kelihatan dua kanak kanak lelaki berjalan sambil memimpin beg plastik berisi kasut bola menuju ke Esplanade Telaga Air.