Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz@Yazid dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Wan Ahmad Dahlan, 54, menggantikan Datuk Jamil Rakon yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga berkuat kuasa hari ini, katanya.
Mohd Zuki berkata Wan Ahmad Dahlan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengkuatkuasaan, keselamatan dan perkhidmatan awam serta pernah berkhidmat sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.
"Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Wan Ahmad Dahlan mampu menggalas amanah mendokong misi dan visi KDN dalam memastikan keselamatan dan keamanan dalam negara terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Ahmad Dahlan, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun dengan jawatan pertamanya sebagai penolong setiausaha di Kementerian Pengangkutan.
Dalam kenyataan berasingan mengenai pelantikan Jamil, Mohd Zuki berkata beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan organisasi.
"Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat melahirkan modal insan graduan yang sedia memenuhi keperluan industri bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara sekali gus mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing," kata Mohd Zuki.
Jamil, 58, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun dengan jawatan pertama sebagai penolong setiausaha di Kementerian Pertahanan pada 1 Disember 1992.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 15 2020
Wan Ahmad Dahlan, 54, menggantikan Datuk Jamil Rakon yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM). -Bernama
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.