KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Bagaimanapun, persatuan itu menyatakan jumlah volum industri (TIV) pada Mac adalah 10 peratus lebih tinggi daripada Februari 2024 iaitu 64,290 unit. "Ini disebabkan syarikat terdesak untuk penghantaran memandangkan tahun kewangan mereka berakhir pada 31 Mac 2024 selain kempen promosi musim perayaan Hari Raya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sejumlah 64,760 kenderaan penumpang (PV) telah dijual pada Mac, jatuh sembilan peratus berbanding 70,490 unit yang dijual pada Februari 2024 manakala jualan kenderaan komersial (CV) menurun sebanyak 21 peratus kepada 6,292 unit daripada 7,941 unit.
Bagi jumlah dagangan jualan tahun sehingga kini bagi Mac 2024, ia meningkat lima peratus kepada 202,245 unit berbanding 192,615 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada 2023. Ini merangkumi 184,994 unit PV (naik lapan peratus) dan 17,251 unit CV (merosot 16 peratus), katanya.
Dari segi pengeluaran, MAA berkata 66,923 kenderaan telah dikeluarkan pada Mac 2024, rendah sebanyak 12 peratus daripada 76,069 unit yang disaksikan semasa Mac tahun lepas.
Daripada jumlah itu, 63,778 unit adalah PV, turun 11 peratus daripada 71,731 unit pada bulan yang sama tahun sebelum ini, manakala baki 3,145 unit adalah CV (merosot 28 peratus) berbanding 4,338 unit sebelumnya.
Dari tahun sehingga Mac 2024, sebanyak 210,431 unit telah dikeluarkan iaitu enam peratus lebih tinggi berbanding 198,394 unit yang dihasilkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Ini termasuk 199,199 unit PV (naik tujuh peratus) daripada tempoh yang sama tahun lepas manakala baki 11,232 (turun lapan peratus) adalah CV.
Mengenai tinjauan untuk April 2024, MAA menjangkakan jualan agak lemah berbanding Mac 2024 disebabkan bulan bekerja yang lebih pendek susulan cuti perayaan Hari Raya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Dari segi pengeluaran, MAA berkata 66,923 kenderaan telah dikeluarkan pada Mac 2024, rendah sebanyak 12 peratus daripada 76,069 unit yang disaksikan semasa Mac tahun lepas. - Foto fail/Astro AWANI
Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Lima ahli keluarga suspek ditahan bawah SOSMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA pada Jumaat.
Pantau Belanjawan: Unlocking Malaysia's green potential, energy diversity journey
Group CEO and Co-Founder, Plus Xnergy, Ko Chuan Zhen brings forward the discussion on Malaysia's renewable energy landscape to provide a comprehensive understanding of current trends, challenges, and future directions necessary for achieving the country's energy and environmental goals.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.13 mata kepada 1,621.05 daripada paras penutup 1,629.18 pada Khamis.
Niaga SPOTLIGHT: Human capital - Economic migration & brain drain
Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut
Suspek yang juga bermotosikal meragut gelang tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Keluarga Maradona halang lelongan Bola Emas
Trofi yang diberikan kepada pemain terbaik kejohanan itu telah hilang selama beberapa dekad sebelum ditemui oleh peniaga barangan antik.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7150/7190 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7020/7055 pada Khamis.
Lelaki kerugian RM12,000 angkara 'Love Scam'
Mangsa berkenalan dengan suspek yang mengaku dirinya sebagai 'perempuan' melalui aplikasi cari jodoh, Tinder.
Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024
Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada peminat automotif mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan syarikat tempatan itu.
Jajaran Seksyen 7 WCE siap Mac 2026 - Nanta
Pembinaan Jajaran Tanjong Karang-Assam Jawa di Seksyen 7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) telah mencapai tahap 71 peratus, dan dijanga siap pada Mac 2026.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas.
Masalah bekalan air bersih di Marang selesai dengan pojek naik taraf dua tangki
Abdul Karim berkata dua projek yang menelan belanja sebanyak RM60 juta itu telah siap dan beroperasi 15 Mac lepas.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Sindiket tawar pinjaman jerat mangsa di musim perayaan
Menjanjikan tawaran pinjaman dengan kadar faedah rendah selain kelulusan segera antara taktik digunakan sindiket penipuan pinjaman menjelang musim perayaan ketika ini.
Bahaya beraya sakan tetapi tidak rancang perbelanjaan awal – Pakar
Kurangkan aktiviti melawat media sosial kerana apa yang penting ialah jangan lihat kemampuan dan juga kebolehan orang lain!
Sentimen pengguna masih rendah menjelang musim perayaan, kata AmInvestments
Sentimen pengguna kekal rendah walaupun menjelang musim perayaan dan cuti sekolah yang pendek selepas pengguna terus berhati-hati dalam perbelanjaan susulan ketidaktentuan makroekonomi.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.