SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyenaraihitamkan pemaju yang tidak mematuhi syarat menyediakan kuota Bumiputera, kata Exco Perumahan dan Warisan negeri Borhan Aman Shah.
Beliau berkata, pihaknya masih mengekalkan mekanisme sedia ada dalam menentukan peratusan kuota Bumiputera berdasarkan Pelan Tindakan Perumahan Negeri Selangor bagi sesuatu projek pembangunan.
"Sekiranya pemaju tidak mematuhi syarat kuota Bumiputera atau pemaju telah terlebih jual unit bukan Bumiputera maka proses kebenaran pindah milik secara menyeluruh atau 'blanket consent' tidak dapat diteruskan.
"Pemaju akan disenarai hitam daripada membuat sebarang permohonan pelepasan kuota Bumiputera di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan dikenakan denda yang lebih berat," katanya ketika menjawab pertanyaan Michelle Ng (PH-Subang Jaya) berhubung penjualan lot Bumiputera kepada bukan Bumiputera dalam sidang Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.
Borhan berkata peraturan itu dikenakan semasa kelulusan tukar syarat kegunaan dan pemberi milikan tanah yang akan diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) serta dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS).
"Pihak pemaju perlu memastikan syarat kuota Bumiputera tersebut dipatuhi semasa proses penjualan hartanah. PTGS akan membuat pemantauan semasa peringkat permohonan kelulusan 'blanket consent' atau 'blanket approval' oleh pihak pemaju," katanya.
Sementara itu, Borhan berkata jika pembeli sudah membeli unit Bumiputera disebabkan ketidakpatuhan pemaju ketika proses penjualan terutama bagi pemaju yang telah digulungkan atau bankrap, pembeli dibenarkan membuat permohonan rayuan pengecualian atau pengurangan bayaran tujuh peratus atau 10 peratus pemulangan potongan harga Bumiputera.
"Selain itu, lima peratus caj pelanggaran mekanisme penyelenggaraan kuota Bumiputera dengan syarat pihak pemaju membuat permohonan pelepasan kuota Bumiputera di LPHS dan rayuan itu perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Keputusan Pelepasan Kuota Bumiputera Negeri Selangor untuk pertimbangan," katanya.
Kerajaan negeri dan LPHS katanya bersedia membantu sebarang permohonan rayuan ke mesyuarat jawatankuasa tersebut untuk dibincangkan berdasarkan tatacara ditetapkan, seterusnya diangkat ke MMKN jika memerlukan kelulusan pihak berkuasa negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
Borhan berkata, pemaju akan disenarai hitam daripada membuat sebarang permohonan pelepasan kuota Bumiputera di LPHS dan dikenakan denda yang lebih berat. - Bernama
Operasi secara terhad, unit pergigian sedia santuni jemaah
Menjadi satu-satunya yang menawarkan perkhidmatan pergigian, Unit Pergigian Tabung Haji (TH) tetap gigih dan sedia menyantuni 31,600 jemaah haji, sama seperti perkhidmatan rawatan yang ada di Malaysia.
Tanah runtuh: Malaysia sedia hulur bantuan kepada Papua New Guinea - PM
Katanya, hantaran bantuan akan mencabar memandangkan kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil dan muka bumi yang berceranggah.
AWANI Pagi: Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan
Saksikan siaran luar AWANI Pagi sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Angsana Mall Johor Bahru bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
[TERKINI] Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh di Mulitaka setakat ini - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Mulitaka, daerah Porgera-Paiela, Wilayah Enga, Papua New Guinea, pada Jumaat.
Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan di Pokok Sena
Jenazah tiba di tanah perkuburan pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.
HBN 2024: 3,000 peserta meriahkan Larian #YakinBoleh
Larian bermula di Jalan Parameswara melalui Jalan Melaka Raya, Jalan Plaza Mahkota, Jalan Merdeka dan berakhir di Padang Dataran Pahlawan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh Papua New Guinea - Wisma Putra
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Papua New Guinea dan keluarga mangsa yang terlibat.
Suasana pilu sambut kepulangan jenazah Sarjan Faridah
Ahli keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Sarjan Faridah sebelum dikebumikan.
Kereta langgar pembahagi jalan, lima sahabat nyaris maut
Kenderaan terbabit dipercayai dari Port Dickson sebelum terbabas di lokasi kejadian dan merempuh pembahagi di tengah lebuh raya.
AWANI Ringkas: Jinakkan Jepun, bakal menentang India
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu sebagai tanda solidariti rakyat Selangor kepada penduduk Palestin.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
Selangor komited perkasa pendidikan, Israk Solutions suntik sinergi
Syarikat berstatus ISO 9001, Israk Solutions Sdn Bhd optimis menjalinkan kerjasama membangunkan sektor pendidikan khususnya di Selangor.
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Pemaju janji, tetapi tiada kepala surat
Janji dikemukakan syarikat pemaju menerusi jurucakap pemaju hartanah bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kepala surat.
Roboh Stadium Shah Alam masih dalam perbincangan
Cadangan dan perancangan masa depan Stadium Shah Alam akan diumumkan pada 16 Julai ini.
Sambutan Tahun Baharu Cina kekal dirai secara dalam talian
Para penonton dijemput mengambil bahagian dalam pelbagai peraduan dalam talian dengan mengikuti arahan juruacara bagi memenangi angpau berjumlah RM10,000.
Nyahwarta HSKLU: Masih banyak penelitian perlu dilakukan - Aktivis alam sekitar
Pada awal Februari 2020, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan menyahwartakan 931.17 hektar daripada 957.63 hektar keluasan HSKLU.
Meskipun mencabar, penduduk Lembah Klang siap sedia berdepan gangguan air
Situasi terputus bekalan air bukan kali pertama berlaku, cuma kali ini, pihak pengurusan Air Selangor membuat pengumuman lebih awal.
Penduduk Selangor dibenarkan makan dan minum dalam restoran mulai esok
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata orang ramai harus mematuhi penjarakan sosial.
COVID-19: Selangor tubuh pasukan khas, diketuai Dr Dzulkefly Ahmad
Kerajaan Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau, mengawas dan memberi pendidikan kepada rakyat berhubung jangkitan COVID-19 di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.