KUALA LUMPUR: Kapal tempur pesisir (LCS) pertama dijangka menjalani ujian penilaian di pelabuhan dan laut pada November depan sebaik sahaja mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 85 peratus.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kedua-dua ujian berkenaan mengambil masa selama dua tahun sebelum LCS pertama dijangka ditauliah pada 2026.
Jelas beliau, status semasa kemajuan kapal LCS merangkumi reka bentuk, pembinaan, peralatan serta ujian yang berakhir Januari lalu adalah 67.57 berbanding sasaran 68.77 peratus.
"Maknanya ada kurang satu peratus, tetapi pihak syarikat Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd akan berusaha untuk pastikan kita dapat lakukan mitigasi menangani cabaran ini dan dijangka bulan Jun itu, projek LCS tersebut kembali ke jadual sasarannya.
"Walaupun kapal dah siap 85 peratus tetapi ia masih tidak lengkap kerana belum melalui ujian di laut dan ia akan ambil masa dua tahun untuk ujian berkenaan," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata peratusan kemajuan pembinaan bagi kapal LCS kedua hingga lima akan turut meningkat menjelang akhir tahun ini.
"Untuk LCS kedua akan capai 78.17 peratus; LCS ketiga (61.48 peratus); LCS keempat (53.40 peratus); dan LCS kelima (42.11 peratus)," katanya.
Oktober tahun lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) dalam laporan prosiding berhubung kemajuan projek pembinaan LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 memaklumkan, kelima-lima kapal LCS akan siap pada 2029.
Bagi tujuan itu, kos tambahan kos RM2.098 bilion diperlukan, kepada kos asal RM9.128 bilion.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 12 2024
Mohamed Khaled berkata, kedua-dua ujian berkenaan mengambil masa selama dua tahun sebelum LCS pertama dijangka ditauliah pada 2026. - Gambar fail
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad
Mohamad Hasan berkata enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.
Siasatan LCS mesti diteruskan, pendakwaan sebelum ini tidak cukup - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan siasatan berhubung isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) mesti diteruskan.
"22 bulan apa mereka buat mengenai LCS?" - Hishammuddin soal pembangkang
Cubaan pembangkang jadikan isu LCS sebagai bahan kebencian rakyat terhadap kerajaan tidak menjadi, tegas Menteri Pertahanan.
Naval Group setuju teruskan rundingan harga LCS - Mindef
Syarikat yang mereka bentuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk TLDM, Naval Group bersetuju meneruskan rundingan dengan Boustead Naval Shipyard berhubung harga kapal berkenaan.
Kertas siasatan LCS lengkap, saran Jabatan Peguam Negara tuduh beberapa individu - SPRM
SPRM berkata kertas siasatan berkenaan projek LCS telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Isu LCS: Mindef sambut baik keputusan Kabinet, jamin tiada apa hendak disembunyikan - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, beliau dan Mindef akan lakukan apa sahaja bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan.
Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman
Ahmad Kamarulzaman berkata, penting untuk fakta sebenar didedahkan supaya orang awam tidak terus terkeliru dengan tindakan populis dan politiking.
Projek perolehan LCS akan lalui proses telus - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa projek perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk memperkemas aset angkatan laut negara akan melalui proses yang telus.
Boustead catat untung lebih RM1 bilion
Boustead raih Untung Sebelum Cukai (PBT) tertinggi berjumlah RM1.1 bil bagi tahun kewangan 2017