KUALA LUMPUR: Mangsa banjir yang bergejala, berisiko atau positif COVID-19 akan diasingkan di pusat kuarantin bagi mengelakkan penularan jangkitan kepada orang lain, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), mangsa banjir akan disaring terlebih dahulu untuk mengesan jika mempunyai gejala dan faktor risiko COVID-19 sebelum boleh memasuki PPS.
"Kes positif COVID-19 akan diisolasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC) atau PPS Khas atau dirujuk ke hospital mengikut keperluan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kontak rapat atau individu di dalam pengawasan (PUS) pula akan dikuarantin di PPS Khas atau PPS yang sama tetapi di blok berlainan, manakala individu yang bergejala juga akan dikuarantin.
Keadaan banjir di beberapa negeri semakin buruk dengan jumlah mangsa di PPS terus meningkat, dan Selangor mencatat bilangan mangsa paling tinggi, setakat petang ini.
Dalam pada itu, Khairy berkata dua Klinik Kesihatan (KK) di Selangor iaitu KK Pelabuhan Klang dan KK Pulau Indah terjejas akibat banjir dan tidak dapat beroperasi.
"Kementerian Kesihatan (KKM) akan memaklumkan klinik alternatif berhampiran sekiranya klinik-klinik kesihatan itu masih tidak dapat beroperasi pada Isnin," katanya.
Beliau juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada sekiranya berada di kawasan yang berisiko banjir dan mematuhi arahan pihak berwajib, khususnya keperluan untuk berpindah awal.
Katanya orang ramai yang terlibat juga perlu maklumkan status risiko COVID-19 kepada agensi tindak balas sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan.
"Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS, sentiasa memakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan maklumkan kepada petugas atau pasukan perubatan di PPS sekiranya mengalami gejala COVID-19.
"Elakkan berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir dan amalkan mencuci tangan menggunakan hand sanitizer atau sabun terutama apabila pergi ke tempat menjadi guna sama seperti tandas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Kes positif COVID-19 akan diisolasi di PKRC berisiko rendah atau PPS Khas atau dirujuk ke hospital mengikut keperluan. - Gambar fail
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir direkodkan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan meningkat kepada 534 mangsa setakat 4 petang ini, berbanding 487 orang tengah hari tadi.
Tiga PPS ditutup, kesemua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang
Tiga PPS di Melaka ditutup secara berperingkat hari ini selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.
Banjir Sarawak: 1,361 mangsa masih ditempatkan di 12 PPS
Sejumlah 12 PPS yang aktif berkenaan terletak di beberapa kawasan di Kuching, Bau, Serian dan Siburan.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini.
Banjir: Satu PPS dibuka di Bau
PPS yang dibuka pada 7 pagi tadi itu menempatkan 64 orang daripada 16 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 418 orang
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri.