IPOH: Baru sahaja beberapa bulan dimiliki sebuah syarikat, Perak FC bakal bertukar pemilik lagi apabila dijual kepada pihak lain dalam masa terdekat.
Kelab itu dalam kenyataan menerusi laman Facebook 'Perak Football Club' memaklumkan Perak FC berada di ambang jualan berpotensi yang mungkin menyaksikan kelab bertukar tangan selepas proses pertukaran milik selesai dalam tempoh seminggu.
Pegawai Eksekutif Perak FC Muhammad Yunus Zakariah turut mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
"Pada Disember lepas, Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd memperoleh 100 peratus pegangan dalam Perak FC Sdn Bhd namun pengurusan skuad The Bos Gaurus di bawah IMC mengalami tekanan hebat berikutan krisis kewangan mereka pada Januari lepas.
"Daripada perbincangan dan penilaian awal, IMC berkemungkinan menerima tawaran pihak yang ingin membeli kelab," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, proses berkenaan bagaimanapun tertakluk kepada cadangan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang akan dimaklumkan dengan sewajarnya mengenai tawaran terbabit.
Kenyataan itu turut menyebut IMC akan melepaskan semua tugas eksekutifnya setelah proses pengambilalihan selesai.
Pada Disember lepas, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengumumkan IMC Sdn Bhd sebagai pemilik baharu Perak FC selepas 100 peratus pegangan saham badan induk bola sepak negeri itu dijual kepada syarikat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Perak FC berada di ambang jualan berpotensi yang mungkin menyaksikan kelab bertukar tangan selepas proses pertukaran milik selesai dalam tempoh seminggu. - Gambar/ FB Perak FC
Dua juruterbang maut pesawat latihan tentera terhempas
Dua juruterbang terbunuh selepas sebuah pesawat latihan terhempas di tengah Turki, kata Kementerian Pertahanan Negara pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).
Lebih 15,000 kanak-kanak maut di Gaza
Kementerian Pendidikan berkata lebih daripada 15,000 kanak-kanak Palestin terbunuh sejak Israel mula menyerang Semenanjung Gaza.
Kurang sebulan, asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar lagi
Pelajar lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, di sini sekali lagi berdepan detik cemas apabila asrama dihuni mereka terbakar awal pagi tadi.
PKR Sungai Bakap: UMNO akan bantu calon PH - Ahmad Maslan
UMNO akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Lelaki hilang selepas keluar cari kerang di Mersing
Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerang bersendirian di sekitar Pantai Tenglu Laut di sini, semalam.
KPDN sasar bentang usul atau pindaan berkaitan Lemon Law pada Mac 2025
KPDN menyasarkan untuk membentang usul atau meminda akta baharu berkaitan 'Lemon Law' seawal Mac tahun depan di Parlimen.
Gangguan air: Kawasan anda terjejas? Semak di sini!
Air Selangor ingin mengingatkan para pengguna mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
ISWC 2024: Merungkai cabaran penuaan dan penambahbaikan sistem persaraan
Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) tahun ini, memfokuskan isu fenomena penuaan penduduk termasuk penambahbaikan ke atas sistem pencen dan persaraan negara.
Ujian pemeriksaan imigresen guna kod QR di KSAB lancar
Proses pengujian pemeriksaan imigresen menggunakan Kod QR untuk perkhidmatan bas dan motosikal di KSAB berjalan lancar.
Pokok tumbang hempap kereta, 5 termasuk 2 dua kanak-kanak selamat
Lima individu berdepan detik mencemaskan selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang semasa dalam perjalanan di Jalan Kapar Batu 6, Klang, dekat sini hari ini.
Rayuan pembatalan PAFA diterima, kekal status sebagai entiti
Kemelut yang menghimpit PAFA susulan pembatalan dan pembubaran persatuan itu Jun tahun lepas dinoktahkan.
Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco
Ia bagi membolehkan program pembangunan pemain, kejurulatihan dan kepengadilan dapat yang tertangguh, dapat diteruskan.
Jawatankuasa adhoc ditubuh urus tadbir PAFA sehingga AGM
Sebuah jawatankuasa adhoc akan ditubuhkan untuk mengurus tadbir Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sehingga mereka selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM).
PAFA dapat talian hayat KBS, tangguh pembatalan - Exco
Persatuan Bola Sepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) yang sebelum ini bakal dibubarkan diberi penangguhan pembatalan setelah perkara itu sampai kepada pengetahuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Perak FC bertukar pemilik lagi
Baru sahaja beberapa bulan dimiliki sebuah syarikat, Perak FC bakal bertukar pemilik lagi apabila dijual kepada pihak lain dalam masa terdekat.
Kemelut kepimpinan: PAFA digantung sehingga enam bulan
Kemelut kepimpinan dalaman yang melanda PAFA akhirnya mengakibatkan badan induk itu digantung sehingga enam bulan kerana berlaku ketidakpatuhan terhadap Perlembagaan persatuan.
Perebutan kuasa dalam Pafa memalukan - Exco
Perebutan kuasa yang berlaku mungkin akhirnya menyebabkan yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
Bola sepak Perak: Muhammad Yadzan dakwa dirinya Presiden PAFA yang sah
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Muhammad Yadzan Mohammad mendakwa dirinya merupakan presiden badan induk itu yang sah bagi penggal 2021 hingga 2025.
Menteri serah pada Pesuruhjaya Sukan selesai kemelut PAFA
Menteri Belia dan Sukan beri ruang kepada Pesuruhjaya Sukan untuk selesai kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
Pesuruhjaya Sukan perlu beri maklum balas kemelut PAFA
Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata ini kerana ia dapat meleraikan segala kekusutan yang wujud sekali gus memberikan pengesahan mengenai pihak yang mempunyai hak untuk menerajui PAFA.