KUALA LUMPUR: Perjanjian operasi (OA) antara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan kerajaan yang dimeterai baru-baru ini dilihat dirancang dengan baik untuk melindungi pendapatan dan aliran tunai MAHB, kata Maybank Investment Bank Bhd.
Menurut firma penyelidikan itu, tiga perkara yang menarik perhatian dalam OA itu termasuk MAHB akan diberi pampasan sepenuhnya jika caj perkhidmatan penumpang (PSC) dikurangkan pada masa hadapan.
"Kadar yuran pengguna (13.1 peratus daripada hasil lapangan terbang Malaysia pada tahun kewangan 2023) boleh disemak setiap tiga tahun dan bukannya dinaikkan secara konsisten sebanyak 25 mata asas setahun.
"Selain itu, 50 peratus daripada yuran pengguna yang dikenakan ke atas PSC akan disalurkan kepada Dana Pembangunan Lapangan Terbang (ADF) yang dikawal oleh kerajaan," katanya dalam satu nota.
Maybank IB berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengeluarkan satu lagi kertas rundingan yang akan menjadi garis panduan model Pangkalan Aset Terkawal (RAB) dan bakal digunakan oleh MAHB mulai 1 Jan 2027.
"Dengan itu kami mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran RM8.91," katanya.
Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata OA berkenaan dilihat akan mengukuhkan kedudukan MAHB di Malaysia dengan jaminan pendapatan untuk 35 tahun akan datang.
"MAHB akan mendapat manfaat daripada hasil caj perkhidmatan lapangan terbang yang lebih tinggi (termasuk PSC) dan aliran tunai, sambil mendapat manfaat daripada pemulihan perjalanan udara dan menambah baik campuran penumpang antarabangsa (tarif penumpang dan kuasa perbelanjaan yang lebih tinggi).
"Kami menjangkakan MAHB mencatatkan pendapatan lebih kukuh dalam tahun kewangan 2024-2025," katanya.
HLIB mengekalkan pengesyoran "beli" namun dengan harga sasaran yang lebih tinggi iaitu RM10.25 (daripada RM9.80) untuk MAHB.
"MAHB juga kini boleh berunding semula dengan kerajaan berhubung caruman yuran pengguna (setiap kitaran tiga tahun) untuk diperuntukkan semula bagi tujuan pembangunan lapangan terbang yang diperlukan," katanya.
Pada 18 Mac, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan MAHB menandatangani OA baharu selama 45 tahun sehingga 11 Feb 2069.
Menerusi OA itu, pengendali lapangan terbang itu akan terus mengendalikan, mengurus, menyelenggara dan membangunkan 39 lapangan terbang dan STOLports (lapangan terbang landasan pendek) di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Tiga perkara yang menarik perhatian dalam OA itu termasuk MAHB akan diberi pampasan sepenuhnya jika PSC dikurangkan pada masa hadapan.
Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur
DBKL meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Proses pendigitalan kendali penumpang MAHB dijangka siap menjelang 2025 - MOT
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 itu turut meliputi pemasangan kios layan diri dan perkhidmatan bagasi layan diri secara berperingkat.
Perjanjian operasi baharu MAHB dan kerajaan kukuhkan prospek pendapatan - Penganalisis
Perjanjian operasi (OA) antara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan kerajaan yang dimeterai baru-baru ini dilihat dirancang dengan baik untuk melindungi pendapatan dan aliran tunai MAHB.
MoT sasar siapkan projek Aerotren KLIA menjelang akhir tahun ini - Loke
Beliau berkata, projek berkenaan sedang dilaksanakan memandangkan kontrak itu telah dirundingkan semula dan konsortium yang menjalankan projek itu telah ditubuhkan.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
MAHB dijangka jana hasil tinggi daripada semakan semula dasar PSC - HLIB
HLIB yakin ia akan beri impak positif kerana ia menambah baik aliran tunai dan membolehkan perbelanjaan modal perbelanjaan lebih tinggi.
Untung bersih Malaysia Airports melonjak kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (tahun kewangan 2023) daripada RM187.20 juta pada tahun kewangan 2022 d
MAHB terima lima syarikat penerbangan antarabangsa baharu ke Malaysia pada Januari, Februari 2024
Antara syarikat penerbangan itu ialah Air Macau, Loong Air, Turkmenistan Airlines dan Iraqi Airways.
MAHB jangka banyak syarikat penerbangan teroka pasaran Malaysia menjelang suku pertama 2025
MAHB menjangkakan lebih banyak syarikat penerbangan meneroka pasaran industri penerbangan Malaysia di antara suku keempat 2024 dan suku pertama tahun depan.
Pembuat keputusan syarikat penerbangan manfaatkan peluang di Routes Asia 2024
Routes Asia 2024 menghimpunkan lebih 900 pembuat keputusan daripada syarikat penerbangan, lapangan terbang dan destinasi.