BINTULU: Gendang perjuangan memenangi hati rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di sini, bakal bergema bermula esok apabila proses penamaan calon untuk pilihan raya kecil (PRK) DUN itu, akan berlangsung di Dewan Suarah di sini bermula pukul 9 pagi.
Bahang kehangatan menghadapi PRK ini semakin terasa sejak seminggu lepas, apabila bandar yang terletak kira-kira 620 kilometer ke utara dari bandar raya Kuching ini, menjadi tumpuan pemimpin dan ahli parti politik Sarawak dari segenap penjuru negeri.
PRK Jepak diadakan berikutan penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip, 72, dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) meninggal dunia pada 15 Sept lepas, dan kekosongan kerusi itu telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 18 Sept.
Selain menetapkan esok sebagai hari penamaan calon, SPR dalam pengumumannya pada 25 Sept mengumumkan 4 Nov sebagai hari pengundian dan 31 Okt sebagai hari pengundian awal.
Bagaimanapun, hari ini Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey berkata tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal itu, kerana kesemua 43 pengundi awal yang terdiri dari anggota polis, akan menggunakan sistem undi pos.
Allahyarham Talib merupakan Ahli DUN Jepak selama 27 tahun, dengan mengharungi enam pilihan raya negeri sejak 1996 dan sekali gus menjadikan kawasan DUN itu sebagai kubu kuat GPS.
Susulan pemergiannya, PRK ini akan menjadi medan pertama untuk GPS meletakkan muka baharu mewakili mereka, setelah hampir 30 tahun.
Rabu lepas, GPS mengakhiri teka-teki bakal calon mereka untuk PRK ini, apabila bekas pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak Iskandar Turkee, telah diumumkan sebagai pilihan mereka.
Sebelum itu, dua parti pembangkang tempatan Sarawak sudah menamakan calon masing-masing bagi mencabar GPS, selain desas-desus kehadiran beberapa orang calon Bebas menyertai saingan dalam PRK itu turut kedengaran.
Sementara itu, Perikatan Nasional dalam kenyataan Rabu lepas mengumumkan, tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Jepak, kerana mereka ingin memberi tumpuan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada PRK yang akan diadakan pada 2 Dis depan.
PKR Sarawak pula telah mengambil tindakan sama untuk tidak meletakkan calon di PRK Jepak, demi menjaga keharmonian Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
Pada Pilihan Raya Negeri 2021, Allahyarham Talib memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti undi 4,243. DUN Jepak mempunyai 22,804 pengundi berdaftar dengan majoritinya terdiri daripada etnik Melayu/Melanau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
Abang Zainuddin (dua, kanan) berbincang dengan pegawai-pegawainya menjelang proses penamaan calon esok bagi PRK DUN N.67 Jepak ketika tinjauan di Dewan Suarah Bintulu hari ini. - Gambar Bernama
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
PRK Jepak: Kemenangan GPS bukti rakyat Sarawak yakini kepimpinan Abang Johari
Jumlah majoriti sebanyak 8,784 undi yang diperoleh Iskandar pada PRK itu adalah lebih dua kali ganda berbanding majoriti 4,243 undi yang diraih dalam PRN lepas.
PRK Jepak: 22,731 pengundi pilih ADUN baharu hari ini
Sebanyak 14 pusat mengundi dibuka pada 7.30 pagi dengan 11 daripadanya ditutup pada 5.30 petang, tiga lagi pada 4 petang.
PRK DUN Jepak: Polis lulus 128 permit ceramah dan kempen
Polis Sarawak hanya menerima lima laporan polis sepanjang tempoh berkempen PRK berkenaan.
TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.
PRK Jepak: Jentera GPS fokus liputi semua kawasan - Awang Tengah
Memasuki minggu kedua tempoh kempen bagi PRK DUN Jepak, jentera GPS akan memberikan fokus kepada usaha meliputi semua kawasan di dalam DUN berkenaan.
Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar
Penduduk Kampung Jepak berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.
Iskandar sudah tahu apa perlu dilakukan di Jepak
Iskandar menjadi pilihan GPS sebagai calon untuk mengekalkan kerusi DUN Jepak dalam PRK ini.
PRK Jepak medan kedua uji kecenderungan pengundi muda Sarawak
PRK DUN Jepak menjadi medan kedua bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS), menilai kecenderungan pengundi muda terhadap gabungan parti yang memerintah negeri itu.
PRK Jepak: GPS akan umum manifesto - Awang Tengah
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memperkenalkan manifesto untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dalam masa terdekat.
SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Jepak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK Jepak.