DUBLIN: Polis di Ireland berjaya mematahkan sindiket pengedaran dadah selepas merampas dadah bernilai 500,000 euro (RM2.5 juta) di Dublin pada Ahad.

Dadah jenis kanabis itu dirampas ketika serbuan dilakukan di sebuah premis di bahagian utara ibu negara berkenaan.

Polis turut menahan seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an dan seorang wanita berusia dalam 30-an.

Dadah berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Polis Ireland untuk tujuan analisa.