IPOH: Sebuah premis makanan hasil laut di Teluk Nipah, Pulau Pangkor yang didakwa mengenakan bayaran mahal yang tular baru-baru ini, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata operasi pemantauan (Ops Samar) dijalankan selama dua hari sejak semalam, sebagai maklum balas pihaknya terhadap kiriman tular seorang pengguna aplikasi TikTok dan turut dikongsikan kandungan kiriman tersebut oleh pengguna lain di laman Facebook, Jumaat lepas.
Beliau berkata serbuan yang dilaksanakan itu turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan pihak polis, melibatkan pemantauan sejak semalam dari 6 petang hingga 2 pagi.
"Hasil pemeriksaan terhadap premis menjual makanan hasil laut di sekitar Teluk Nipah khususnya premis yang diadu itu, tidak meletakkan tanda harga terhadap makanan hasil laut yang belum dimasak, serta tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan hasil laut itu.
"Premis hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan pegawai beruniform dilakukan. Pemeriksaan dan perbandingan harga makanan di premis yang diadu juga didapati lebih tinggi, berbanding harga makanan yang sama di premis lain sekitar Teluk Nipah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, Kamalludin berkata satu tindakan kes telah diambil terhadap peniaga terbabit kerana disyaki melanggar Seksyen 140(3)(a)(b) Akta Pelindungan Pengguna 1999, iaitu gagal meletakkan butiran nama dan alamat perniagaan serta tarikh pembelian dalam resit yang dikeluarkan kepada pengguna.
Beliau berkata jika sabit kesalahan bagi kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 bagi pertubuhan perbadanan, manakala bagi perseorangan tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
"Premis ini juga turut diberikan satu Notis Pengesahan Maklumat Barang (NPMB) dan Notis Bertulis (NB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011 dan peniaga perlu mengemukakan maklumat barangan kepada pihak KPDN Perak, dalam tempoh lima hari waktu bekerja," katanya.
Kamalludin berkata siasatan lanjut akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011 serta sekiranya didapati berlakunya kesalahan mencatut dalam menjual atau membekalkan barangan dan perkhidmatan di bawah Seksyen 14(1) AKHAP 2011, peniaga boleh dikenakan penalti.
Bagi pertubuhan atau perbadanan, denda maksimum RM500,000 dan denda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan kedua atau berikutnya, manakala bukan pertubuhan atau perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau keduaduanya, jika sabit kesalahan.
Kamalludin berkata tindakan tidak bertanggungjawab segelintir peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pelancong, dapat memberi imej yang tidak baik dan memberi kesan kepada industri pelancongan di Perak.
Baru-baru ini tular satu video di laman sosial TikTok yang mendakwa dikenakan caj harga makanan laut siap masak yang mahal dan tidak setimpal dengan kualiti serta perkhidmatan diberikan oleh premis berkenaan di Teluk Nipah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
Serbuan yang dilaksanakan itu turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan pihak polis, melibatkan pemantauan sejak semalam dari 6 petang hingga 2 pagi. - KPDN Perak
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Premis jual makanan laut siap masak di Teluk Nipah didakwa mahal diserbu
Ia sebagai maklum balas terhadap kiriman tular di aplikasi TikTok dan turut dikongsikan pengguna lain di laman Facebook, Jumaat lepas.
Malaysia gesa Jepun untuk terus tangani kebimbangan mengenai air terawat dari Fukushima
Jepun harus terus mempertimbangkan pandangan, cadangan, dan kebimbangan yang dikemukakan oleh Malaysia dan negara-negara serantau lain.
Korea Selatan beri jaminan makanan lautnya selamat
Menteri Perikanan dan Laut Cho Seung Hwan berkata terdapat data yang mencukupi untuk menyokong dakwaan berkenaan.
Badan pemantau Rusia sedang pertimbang sekat produk ikan Jepun
Pada 24 Ogos, Jepun memulakan proses melepaskan air sisa terawat dari Fukushima NPP ke Lautan Pasifik.
Jepun pertimbang ambil tindakan terhadap larangan import makanan laut China
Kerajaan Jepun merancang untuk meneruskan tuntutan mahkamah sekiranya prospek diplomatik lain terbukti tidak berkesan.
Presiden, PM Korea Selatan makan makanan laut ketika ramai bimbang kesan air sisa Fukushima
Makanan laut juga dihidangkan di kafeteria pejabat presiden, kata pejabat presiden.
Makanan laut tempatan dihidang di kafeteria Pejabat Presiden Korea Selatan
Ia sebagai tindak balas kepada kebimbangan mengenai penurunan pengambilan makanan laut selepas Jepun melepaskan air radioaktif.
Restoran sushi Hong Kong masih dipenuhi pelanggan, tidak ramai peduli isu air loji Fukushima
"Walaupun Jepun melepaskan air radioaktif terawat ke laut, saya akan tetap datang ke sini untuk makan."
Penduduk dunia resah pengambilan makanan laut dari Jepun
Selepas Jepun mengumumkan pelepasan air radioaktif yang dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik, ia telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada penduduk di negara jiran.
COVID-19: 23 wilayah di Thailand berisiko tinggi
Perkara itu dipercayai mempunyai kaitan selepas vendor di pasar sekitar Mahachai di wilayah Samut Sakhon itu mengenal pasti perjalanan pelanggan mereka.