IPOH: Sepasang suami isteri kerugian RM32,000 apabila wang simpanan mereka dilarikan oleh dua lelaki dari bilik sewa didiami di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia 48 tahun yang merupakan tukang masak di sebuah restoran kira-kira 11.52 pagi, 8 Mac lepas.
"Mangsa menyatakan kira-kira 12.30 tengah malam 6 Mac, semasa dia dan isteri berusia 41 tahun tiba di bilik sewa, mereka telah didatangi dua suspek lelaki tidak bersenjata disyaki warga tempatan mengugut dan memaksa mangsa untuk membuka pintu bilik.
"Pada masa sama, suspek menyatakan akan mencederakan mangsa sekiranya pintu tidak dibuka. Oleh kerana mangsa dalam keadaan ketakutan, mangsa menuruti permintaan suspek.
"Setelah pintu bilik dibuka, suspek terus menggeledah bilik dan menjumpai wang tunai simpanan mangsa dan isteri berjumlah RM32,000 yang disimpan di dalam beg pakaian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selepas suspek mendapatkan wang, suspek sempat menarik mangsa lelaki masuk ke dalam sebuah kereta, namun mangsa berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut Ahmad Adnan kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan semasa kejadian.
"Hasil siasatan rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian mendapati kedua-dua suspek berumur lingkungan awal 30-an, berbadan gempal serta berketinggian lebih kurang 175 sentimeter.
"Menurut mangsa, mereka tidak sempat membuat laporan polis selepas kejadian kerana panik dan takut diganggu semula oleh suspek yang sama sehinggalah mereka diarah sendiri oleh pemilik restoran tempat mereka bekerja untuk terus berbuat demikian," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Hasryman Osman menerusi talian 05-6233969 atau 011-63319773.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Sepasang suami isteri kerugian RM32,000 apabila wang simpanan mereka dilarikan oleh dua lelaki dari bilik sewa didiami di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, minggu lepas. - Foto Sinar Harian
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Kes pemerasan: Dua lagi polis berpangkat Inspektor, Sarjan ditahan - KPN
Dua lagi polis berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Program Penuaan Sihat tingkat kesedaran isu keuzuran warga emas
Program itu juga bagi mengenal pasti status kesihatan warga emas dalam komuniti supaya intervensi awal dapat dilaksanakan.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Suami isteri berputih mata wang simpanan RM32,000 lesap dilarikan dua lelaki
Sepasang suami isteri kerugian RM32,000 apabila wang simpanan mereka dilarikan oleh dua lelaki dari bilik sewa didiami di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, minggu lepas.
Dua lelaki ditahan disyaki terlibat curi barang kemas
Polis menahan dua lelaki berusia antara 26 hingga 38 tahun kerana disyaki mencuri barang kemas milik seorang wanita di Mesra Villa, Jalan Ikan Emas, Taman Pandan Mesra, di sini minggu lepas.
Jabatan Imigresen tumpas sindiket manipulasi Program Rekalibrasi 2.0
Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket penipuan dipercayai memanipulasi Program RTK 2.0 dengan mengenakan bayaran RM7,000 bagi pendaftaran setiap individu dalam serbuan di Petaling Jaya.
Menyamar penjual susu lembu sebelum samun rantai emas
Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai penjual susu lembu yang dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan kehilangan dua utas rantai emas milik seorang tukang jahit.
Kanak-kanak enam tahun meninggal dunia disyaki didera penjaga
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun disahkan meninggal dunia disyaki didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak di sini Sabtu lepas.
Polis tumpas sindiket edar dadah bernilai lebih RM10 juta
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan 10 lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM10.4 juta di sekitar Klang dan Sungai Buloh.
PDRM sedia bantu Polis Gujerat buru 5 warga tempatan kes pengubahan wang haram
PDRM sedia membantu Polis India untuk mengesan lima rakyat negara ini yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram RM18.6 juta.
Polis tumpas sindiket, rampas dadah, harta bernilai RM96,546
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan penahanan enam warga tempatan dan rampasan dadah serta sitaan harta berjumlah RM96,546.12, dalam tiga serbuan di daerah Seberang Perai Tengah.
Beri peluang masyarakat libat diri dalam industri kulit, daging buaya - Wan Junaidi
Penglibatan masyarakat ini boleh dilaksanakan menerusi kawalan dan bimbingan pihak berkuasa.
Polis Thailand tahan 7 lelaki terbabit pemerdagangan orang
Polis Thailand menahan tujuh lelaki atas kesalahan memperdagangkan warga tempatan untuk aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.