KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima tiga laporan daripada peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid berhubung ugutan bunuh yang diterimanya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, PDRM telah memohon bantuan dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terlibat.
"Laporan polis berkenaan telah disiasat dan klasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Satu kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan lanjut dan dua lagi kertas siasatan masih dalam siasatan pihak polis.
"Pihak polis ingin memberi nasihat kepada orang awam supaya tidak mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan di media sosial dan sekiranya ingkar, tindakan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan penjara selama tidak melebihi dua tahun dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan ke atas mereka yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada malam Ahad.
Terdahulu, Nik Elin memberitahu sudah membuat laporan polis selepas menerima banyak ancaman dan serangan dalam talian di samping ancaman untuk ‘menyembelih’ dirinya.
Pada Jumaat, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.
Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman selaku pempatisyen bagi mencabar 18 peruntukkan enakmen tersebut.
Astro Awani
Sun Feb 11 2024
Allaudeen berkata, PDRM telah memohon bantuan dari pihak SKMM untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terlibat. - Gambar fail/Bernama
Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.
Zhi Yi ubati kekecewaan slot Olimpik Paris dengan gelaran Masters Malaysia
Pemain China berusia 24 tahun itu bangkit daripada ketinggalan menewaskan bekas juara dunia PV Sindhu 16-21, 21-5, 21-16 pada aksi final.
Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019
Ini menandakan sidang kemuncak tiga pihak pertama antara negara-negara Asia berkenaan sejak Disember 2019.
10,000 sertai protes 'pelancong balik rumah!' di Mallorca
Penganjur mendakwa 25,000 orang menghadiri acara itu dan mengecam peningkatan jumlah pengunjung dan rumah percutian di pulau itu.
Suhu tertinggi direkodkan di Mexico City
Awal minggu ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 138 ekor monyet mati di selatan Mexico akibat cuaca panas.
3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
Polis sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.
Lantikan terajui PKR Sabah adalah taklif, bukan tashrif - Mustapha
Katanya, perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi dan mengangkat kearifan.
Indonesia sokong keputusan ICJ supaya Israel hentikan serangan ke atas Rafah
Kementerian Luar Indonesia menyatakan sokongan terhadap keputusan terkini Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel supaya segera menghentikan serangan tenteranya ke atas Rafah.
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
Presiden Zelensky rayu pemimpin dunia sertai Sidang Kemuncak Keamanan
Zelensky menyatakan, rakyat Ukraine tidak mahu Piagam PBB diabaikan, seperti buku-buku yang terbakar.
Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, laporan polis diterima pada malam tadi berhubung kes tersebut.
Ugut bunuh Nik Elin: Polis tunggu laporan SKMM
Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sebelum ini telah membuka tiga kertas siasatan membabitkan dakwaan ugutan bunuh tersebut.
Ugut bunuh Nik Elin: Polis kenal pasti tiga pemilik akaun
Terdapat tiga laporan diterima membabitkan kes tersebut dan tiga kertas siasatan telah dibuka.
Ugutan bunuh Nik Elin: PDRM minta bantuan SKMM
PDRM memohon bantuan dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terlibat.
Lelaki mengaku salah ugut bunuh, cederakan ibu kandung
Kumaran membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret.
Teman lelaki ugut bunuh, kekasih enggan berkahwin
Keputusan seorang wanita untuk tidak berkahwin dengan teman lelakinya mengundang amarah suspek apabila mengugut mahu membunuh mangsa.
Buruh didenda RM4,000 ugut bunuh rakan kerana tak kemas bilik
Tertuduh telah memarahi mangsa kerana tidak mengemas bilik dan turut membakar kasut, baju serta seluar mangsa dan tertuduh bertindak mengejar mangsa menggunakan sebilah pisau.
Enggan tukar hak milik rumah, pekerja dobi didakwa ugut bunuh bekas isteri
Seorang pekerja dobi didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, atas pertuduhan mengugut untuk membunuh bekas isterinya kerana berebut hak milik rumah.
Diugut bunuh ketika terima panggilan kecemasan
Menurutnya, individu tersebut kemungkinan dalam keadaan panik sehingga mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadap dirinya.
Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh ibu
Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana disyaki memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap ibunya yang dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya.