AWANI Pagi: PuTERA35 | VentureTECH dan Selia-Tek Memacu Inovasi Bumiputera
Ekonomi Bumiputera terus diperkasa menerusi agenda PUTERA35 yang memberi tumpuan kepada pengukuhan penyertaan dalam sektor berimpak tinggi seperti teknologi, inovasi, AI, deep tech dan ekonomi hijau. Dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar, perbincangan tertumpu kepada sejauh mana pelaburan strategik dapat diterjemahkan kepada pertumbuhan inklusif, peluang pekerjaan berkualiti serta pembangunan bakat Bumiputera. Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.