AWANI Pagi: Industri getah Malaysia: Bina daya tahan, pacu persaingan
Industri getah bukan sekadar sebahagian daripada sejarah pembangunan ekonomi negara, malah terus menjadi antara sektor penting dalam menyumbang kepada eksport, peluang pekerjaan dan pembangunan industri berasaskan teknologi.
Namun, landskap global hari ini semakin mencabar. Persaingan daripada negara lain semakin sengit, selain tekanan terhadap kos pengeluaran, perubahan rantaian bekalan dan tuntutan terhadap produk yang lebih mampan serta bernilai tinggi. Jadi, bagaimana industri produk getah Malaysia mahu membina daya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan ini? Dan yang lebih penting, apakah strategi diperlukan untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing di pasaran global?