AWANI Pagi: Melaka International Intellectual Exposition 2026 (MIIEX’26)
Dalam era pendigitalan yang bergerak pantas, inovasi bukan lagi sekadar pilihan tetapi menjadi keperluan dalam membentuk masa depan masyarakat yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing. Hari ini, AWANI PAGI akan bersama Rektor UiTM Cawangan Melaka bagi membincangkan sebuah platform inovasi bertaraf antarabangsa, iaitu Melaka International Intellectual Exposition 2026 atau MIIEx 2026, yang bukan sahaja menghimpunkan idea kreatif dari dalam dan luar negara, malah turut menekankan tema “Inclusive Digital Futures” dalam mendepani cabaran era digital masa kini.