AWANI pagi: Misi Hijau Bersama Kelip-kelip dan Tuntung
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya tampil menerajui usaha konservasi alam sekitar melalui projek pemuliharaan habitat kelip-kelip dan spesies tuntung. Menerusi aktiviti penanaman pokok, pendidikan komuniti dan pemuliharaan hidupan liar, inisiatif ini membuktikan bahawa usaha kecil anak muda mampu memberi impak besar terhadap kelestarian alam dan masa depan bumi.