Undang-undang terhadap panggilan palsu perlu diperketatkan bagi memastikan individu yang bertanggungjawab dikenakan hukuman yang setimpal.
Menurut pakar kriminologi Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr P Sundramoorthy, ancaman bom palsu yang semakin meningkat akan memberikan impak besar kepada masyarkat.
Prof Sundramoorthy berpendapat, isu panggilan bom palsu perlu diambil serius.
Jelasnya, ancaman bom palsu memberi impak negatif kepada emosi mangsa atau pihak yang terbabit serta memberi kesan kos yang tinggi apabila sesebuah bangunan terpaksa dikosongkan.
“Pertama sekali orang yang membuat panggilan atau wakil sesuatu kumpulan itu perlu tahu bahawa bila panggilan itu dikesan oleh polis, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 506 atau 507 Kanun Keseksaan.
“Walau bagaimanapun, di Malaysia hukuman bagi 506 ialah maksima 6 hingga 7 tahun penjara, dan untuk seksyen 507 adalah dua tahun penjara,” katanya.
Selain itu, Prof Sundramoorthy turut berpandangan bahawa hukuman yang lebih berat harus dikenakan.
Tambahnya, pindaan terhadap Kanun Keseksaan berhubung ancaman bom juga perlu disertai dengan hukuman sebat.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Semalam, hampir 1,000 kakitangan Bursa Malaysia Berhad dan Astro AWANI dikejutkan dengan panggilan ancaman bom pada kira-kira jam 12 tengah hari.
BACA: Bursa Malaysia dikosongkan susulan ancaman bom pagi Jumaat
BACA: Kronologi ancaman bom di kompleks Bursa Malaysia
Suspek turut mengancam untuk meletupkan kuil Kortumalai Sri Ganesar yang terletak berhampiran dengan bangunan Bursa Malaysia.
Bagaimanapun, pada jam 4 petang, polis mengesahkan tidak menemui apa-apa objek yang menyerupai bom selepas pemeriksaan dijalankan selama lebih dua jam.
Nuradilla Noorazam
Sat Oct 01 2016
Pada Jumaat, hampir 1,000 kakitangan Bursa Malaysia Berhad dan Astro AWANI dikejutkan dengan panggilan ancaman bom pada kira-kira jam 12 tengah hari. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
2 jet komersial patah balik selepas ancaman bom
Semua penumpang telah dipindahkan sejurus jet berkenaan mendarat.
Ketua Polis Johor sahkan turut terima e-mel ancaman bom
Ancaman bom itu dihantar ke e-mel rasmi Ketua Polis Johor dan dipercayai dihantar oleh individu sama yang menghantar ancaman bom di Menara MBJB.
Tiga premis kerajaan di Johor Bahru terima e-mel ancaman bom - Polis
ACP Raub Selamat berkata e-mel yang diterima ketiga-tiga premis kerajaan itu dipercayai berpangkalan di luar negara.
Lapangan Terbang Basel ditutup akibat ancaman bom
Lapangan terbang itu terletak di Perancis di sempadan segitiga antara Perancis, Switzerland dan Jerman.
Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu terima ancaman bom
Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu hari ini digemparkan dengan ancaman bungkusan menyerupai bom yang diletakkan di hadapan pagar kompleks berkenaan.
Hotel di Jalan Conlay terima ancaman bom
Polis mengesahkan sebuah hotel di Jalan Conlay di sini, menerima panggilan ancaman bom pada Sabtu.
Sekolah, ibu bapa jangan panik, lapor segera jika terima e-mel ancaman bom - Ahmad Dzaffir
Mereka perlu segera membuat laporan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan.
Tiga lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga lagi sekolah iaitu dua di Kajang, Selangor dan satu di Batu Feringghi, Pulau Pinang, menerima ancaman bom.
19 laporan ancaman bom palsu, dalang dipercayai kurang perhatian - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 19 laporan berhubung ancaman bom palsu di beberapa buah sekolah di seluruh negara.