KUALA LUMPUR: Usahawan mikro di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional akan diwajibkan memiliki skim insurans perniagaan bagi melindungi mereka daripada sebarang risiko keadaan luar jangka.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Tan Sri Noh Omar berkata skim yang dilaksanakan bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu hanya memerlukan usahawan membayar kira-kira RM13 sebulan bagi mendapatkan manfaat perlindungan.
Beliau berkata pembelian insurans itu diwajibkan setelah melihat kepentingannya kepada usahawan terutama ketika berdepan waktu-waktu mencabar seperti bencana banjir.
"Skim ini sebenarnya sudah diperkenalkan kepada usahawan TEKUN dulu tetapi dijadikan pilihan (sukarelawan) dan sekarang kita (kementerian) hendak mewajibkannya.
"Perincian lanjut mengenainya akan saya maklumkan kelak kerana melalui skim ini, mereka akan mendapat perlindungan insurans sama seperti polisi insurans kenderaan, cuma ini TEKUN akan uruskan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian bangunan pentadbiran syarikat insurans Prestige Legacy di Wangsa Maju, di sini, pada Ahad.
Noh dalam pada itu berkata syarikat insurans juga digalak memperluaskan skim perlindungan insurans mereka kepada sektor perniagaan memandangkan ketika ini belum ada syarikat insurans memasukkan perihal bencana alam dalam perlindungan insurans mereka kecuali bagi kenderaan yang dibuat secara pilihan.
"...kerana itu, kita nampak sudah sampai masanya mereka memberikan pertimbangan atau peluang kepada usahawan untuk membeli skim insurans.
"Sebab kita tahu sekarang ini, macam-macam keadaan boleh berlaku dan jika ia (liputan insurans) dapat dikembangkan saya ingat itu amat baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Usahawan mikro di bawah Tekun Nasional akan diwajibkan memiliki skim insurans perniagaan bagi melindungi mereka daripada sebarang risiko keadaan luar jangka, kata Noh Omar. -Gambar fail/Bernama
PM Anwar dijangka tiba di sempadan Rafah Jun ini, hantar bantuan ke Gaza - Nik Nazmi
Misi tersebut bukti komitmen dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan akibat perang di Gaza.
Polis kesan pemilik akaun media sosial timbul kebencian terhadap pemain bola sepak - Saifuddin
Saifuddin mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Bantuan kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah
Nik Nazmi berkata, misi dilakukan secara berperingkat dan turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara
Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
[TERKINI] Seorang maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan beberaoa kenderaan remuk akibat dihempap.
NACS bukan sekadar strategi, jadikan Malaysia negara hebat tatakelola
Perdana Menteri tegaskan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) bukan sekadar strategi tetapi bakal melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai negara dengan pengurusan tatakelola terhebat di rantau ini.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam lima tahun sangat menggemparkan – PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun (2018 – 2023) seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah angka yang menggemparkan, dan membuktikan gejala rasuah semakin membengkak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Penjenamaan PPR bakal jadikan PRR setanding HDR di Singapura, Jepun dan Korea - Nga Kor Ming
KPKT dalam proses menjenamakan semula PPR kepada PRR di mana model pembinaannya setanding perumahan rakyat di Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.
'Saya belum sertai mana-mana parti politik' - Noh
Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai mana-mana parti politik, namun mengaku hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).
'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.
PRN: Satu lawan satu, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu - Noh Omar
Kemenangan di kerusi 'satu lawan satu' bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Noh Omar sah tak tanding PRN Selangor
Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Noh buat kejutan hadir majlis Aidilfitri PN
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar membuat kejutan apabila hadir di Majlis Silaturrahmi Aidilfitri ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham.
UMNO Tanjong Karang sedia pertahan kubu kuat, lawan Noh Omar
Katanya, UMNO bukan sahaja bersedia berdepan dengan Noh malah dengan mana-mana parti yang tidak sealiran dengan perjuangan BN.
Noh yang sebenarnya kaki bodek - Isham
Isham Jalil membidas kenyataan bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.