ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Februari 2021.

1) Demokrasi lawan tentera di Myanmar, siapa menang, siapa tewas?

1 Februari sepatutnya menandakan sesi permulaan sidang Parlimen baru bagi Myanmar selepas pilihan raya diadakan pada 8 November 2020, ketika dunia masih bergelut dengan virus membunuh Covid-19. 

2) Rampasan kuasa Myanmar: Negara anggota ASEAN bincang kenyataan bersama - Kementerian Luar Brunei 

Brunei yang kini Pengerusi ASEAN pada Isnin memberitahu bahawa pihaknya sedang berunding dengan negara-negara anggota lain berkaitan perkembangan di Myanmar. 

3) Rampasan kuasa Myanmar: Jeneral Min Aung Hlaing kini menjadi tumpuan 

Pemimpin tentera Myanmar yang paling berkuasa, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing kini dalam perhatian dunia selepas ahli-ahli politik dari parti Liga Demokrasi Nasional (NLD) ditahan dan tentera mengumumkan pengambilalihan pentadbiran. 

4) Rampasan kuasa Myanmar: Wisma Putra suarakan kebimbangan serius 

Kerajaan Malaysia menyuarakan kebimbangan serius terhadap perkembangan di negara serantau, Myanmar. 

5) Rampasan kuasa: Tentera Myanmar isytihar darurat satu tahun 

Junta tentera telah menguasai negara itu dan mengisytiharkan darurat selama satu tahun, menurut pengumuman dibuat Pejabat Presiden Myanmar.

6) COVID-19: Perth laksana perintah berkurung lima hari 

Perintah berkurung lima hari dilaksanakan di Perth, Australia, selepas bandar itu mencatatkan kes COVID-19 tempatannya yang pertama dalam tempoh hampir 10 bulan. 

7) COVID-19: Thailand catat 836 kes baharu, sifar kematian 

Thailand mencatat 836 kes baharu COVID-19 dengan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini ialah 19,618 dengan 77 kematian. 

8) Operasi Kargo Antarabangsa Menerusi Kereta Api China Lancar

Kesibukan perjalanan Tahun Baharu Cina 2021 tidak menghalang operasi pengangkutan kargo antarabangsa menerusi kereta api yang berjalan lancar dengan beberapa kereta api bertolak dari daerah Jianxi, Shandong dan Hubei pada hujung minggu lepas. 

9) Konflik Syria: 12 terbunuh bom kereta meletup 

Dua bom itu meletup selang dua jam di bandar Azaz dan di sebuah kampung kira-kira 50 kilometer dari bandar itu. 

10) SpaceX lancar misi satelit Starlink ke-18

Syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat, SpaceX melancarkan misi satelit rangkaiannya yang ke-18 dikenali sebagai Starlink pada Ahad.