MAHKAMAH Agung Pakistan mengarahkan Imran Khan dibebaskan serta-merta dan menyifatkan penahanan bekas Perdana Menteri Pakistan itu menyalahi undang-undang.

Mahkamah Agung selepas perbicaraan Imran dengan tegas mengkritik Biro Akauntabiliti Negara (NAB) atas penahanan itu pada Selasa (9 Mei).

Mahkamah juga menjelaskan kehadiran Imran ke Mahkamah Tinggi Islamabad adalah untuk menjalani perbicaraan kes yang disabitkan ke atasnya.

Sehubungan itu, Mahkamah Agung mengarahkan Imran untuk menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Islamabad dan mengikuti apa sahaja yang diputuskan oleh mahkamah tersebut.

Terdahulu, protes berlaku di beberapa kawasan di Pakistan susulan penahanan bekas lagenda kriket Pakistan itu.

Parti PTI sebelum ini mendakwa penahanan Imran adalah bermotifkan politik.

Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala 2,000 yang lain ditahan ekoran protes yang berlaku di Pakistan.