ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 23 Ogos 2020.

1) COVID-19: 10 kes baharu, 10 kes pulih

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lapan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara.

2) KKM saran lanjut tempoh PKPP

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tempoh lanjutan itu perlu memandangkan negara masih bergelut dengan peningkatan kes.

3) 37 pengunjung kelab malam antara 135 ditahan ingkar PKPP - Ismail Sabri

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 12 individu telah direman manakala 123 individu pula berdepan kompaun.

4) Johor catat 28 kematian akibat denggi sejak Januari hingga pertengahan bulan ini

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 18 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

5) Pas anggap isu Mohd Khairuddin tidak lagi penting

Timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ia kerana tiada sebarang kluster tercetus akibat perbuatan Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.

6) Kompaun terhadap Khairuddin beri mesej wujud 'antara dua darjat' - Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mempersoalkan kompaun RM1,000 yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib.

7) Zahid Hamidi sah MIC daftar bersama Perikatan Nasional

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan MIC adalah salah sebuah parti yang terlibat dalam permohonan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

8) Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke hospital akibat strok

Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin yang mengesahkan perkara itu berkata, Harussani dikejarkan ke hospital selepas solat Subuh.

9) Sistem pemeriksaan imigresen NIISE dilengkapi pengesanan wajah, tingkat tahap keselamatan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melengkapkan Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (NIISE) dengan kaedah biometrik dan pengesanan wajah yang dijangka diguna pakai dua tahun lagi.

10) "Saya akui saya salah" - Ajai mohon maaf kepada Hafiz Zainal

Sejak minggu lepas, nama komposer dan juri tetap Big Stage, Ajai dan peserta program berkenaan, Hafiz Zainal menjadi tumpuan netizen gara-gara memberikan hanya dua markah kepada peserta tersebut.