ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 3 Januari 2021.

1) COVID-19: 11 kematian direkodkan, jumlah kematian hampir 500 kes

Sejumlah 11 lagi kematian baharu direkodkan dalam negara akibat COVID-19 pada Ahad, dan ini menjadikan jumlah korban akibat wabak berkenaan adalah 494 bersamaan 0.4 peratus.

2) PKPB di Mukim Peringat dan Mukim Kota, KB bermula esok

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Mukim Peringat dan Mukim Kota, Kota Bharu, Kelantan bermula 4 Januari (esok) sehingga 17 Januari ini.

3) Pelan Vaksinasi Kebangsaan dimuktamad Khamis ini - Khairy

Pelan Vaksinasi Kebangsaan yang dirangka bagi perancangan secara menyeluruh sebelum negara menerima vaksin yang dijangka bermula bulan hadapan, akan dimuktamadkan Khamis ini.

4) Terengganu dilanda banjir gelombang kelima

Terengganu sekali lagi terpaksa berdepan dengan situasi banjir apabila daerah Dungun dan Kemaman kembali terjejas menerusi gelombang banjir kelima di negeri itu.

5) Amaran cuaca bahaya di Terengganu, Pahang, Johor

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat yang dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.

6) UMNO mahu PRU15 disegerakan - Zahid

UMNO terus bertegas mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) disegerakan kerana mendakwa kerajaan yang ada sekarang sangat rapuh sehingga membimbangkan pelabur untuk datang ke negara ini.

7) UMNO Putrajaya sokong Muhyiddin

UMNO Bahagian Putrajaya hari ini membuat ketetapan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat gesaan agar parti itu menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

8) Pemuda UMNO Pasir Puteh usul pecat keahlian Annuar Musa

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh mengusulkan supaya Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dipecat dari parti itu.

9) Tragedi Feri Triso: Gadis tular mendakap bayi tak bernyawa luah rasa pilu

Christina berkongsi kesedihan yang dirasai apabila dua ibu saudara dan tujuh sepupu yang cukup rapat sejak mereka kecil kini meninggal dunia di depan matanya sendiri.

10) Loceng, lampu basikal laris bak pisang goreng panas

Loceng dan lampu basikal sebelum ini langsung tidak laku, malah stok aksesori itu tersimpan sahaja selama berbulan-bulan.