ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Januari 2022.


1. [LAPOR LANGSUNG] Mangsa banjir di Johor meningkat

Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 5,399 orang pada jam 8 pagi berbanding 5,364 orang pada 4 pagi Rabu.


2. Had jemaah solat, aktiviti agama di Kelantan ikut kapasiti masjid, surau mulai hari ini

SOP pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dikekalkan sebagaimana yang telah dikeluarkan sebelum ini.


3. MRT Phileo Damansara rosak, Rapid Rail mohon maaf

Rapid Rail telah mengaktifkan pelan servis alternatif dengan menggunakan satu landasan antara stesen Phileo Damansara dengan stesen Semantan.


4. "Tohmahan ini direka untuk jatuhkan reputasi saya" - Azam Baki jawab dakwaan miliki saham

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.


5. LPPR puas hati penjelasan Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LPPR), Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.


6. Isu Azam Baki: Kegagalan beri penjelasan menyeluruh hakis kepercayaan terhadap SPRM - IDEAS

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tricia Yeoh penjelasan menyeluruh amat penting berhubung isu membabitkan dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.


7. Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala

Ketika banjir melanda beberapa negeri di Malaysia, nama "Raja Bomoh" kembali menjadi sebutan warganet.


8. Zarinah Anwar wanita pertama dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UM

Tan Sri Zarinah Anwar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM) berkuat kuasa 13 Disember 2021.


9. Sabah kesan kes Omicron pertama

Sabah melaporkan kes import varian Omicron COVID-19 yang pertama iaitu di daerah Tawau, pada Selasa.


10. Banjir: PM ingatkan semua anggota Kabinet punyai peranan masing-masing

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi peringatan kepada semua anggota Kabinet bahawa masing-masing mempunyai peranan dalam menghadapi krisis yang melanda negara ketika ini.