ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Ogos 2023.
1. Penyebaran berita Hadi Awang dilarang masuk Arab Saudi adalah palsu - Pas
Kenyataan yang tular mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilarang memasuki Arab Saudi kerana ideologi pengganas adalah palsu.
2. Rafizi-Syahir capai persetujuan, Astro AWANI anjur Debat Ekonomi Malaysia 9 Ogos
Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Sulaiman berubah fikiran dan bersetuju menerima undangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat.
3. Dasar percukaian Malaysia hanya kenakan cukai bila perlu dan tidak membebankan - PM Anwar
Dasar percukaian Malaysia perlu berdasarkan dua prinsip asas, iaitu mengenakan cukai apabila ia benar-benar perlu dan ia tidak dianggap sebagai beban kepada pembayar cukai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4. Kanak-kanak mati disyaki didera: Ibu, teman lelaki direman hingga Ahad
Seorang wanita dan teman lelakinya yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak berusia 9 tahun di Taman Panglima, Asaam Kumbang, Taiping Ahad lepas direman selama tujuh hari.
5. Wanita melecur dibakar suami
Seorang wanita melecur selepas dibakar suaminya dengan menggunakan minyak petrol dalam kejadian di sebuah rumah dalam ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, pada Isnin.
6. Saksi pesan pada Mazlina, tidak guna cek Yayasan Akalbudi untuk bil Zahid
Saksi ketujuh, bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid, Datuk Rosiah Osman berkata demikian ketika prosiding kes membabitkan Ahmad Zahid di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah.
7. Cuepacs mohon kerajaan naikkan imbuhan penjawat awam sekurang-kurangnya RM100
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata pihaknya telah berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Julai lepas dan membentangkan perkara mengenai kebajikan penjawat awam.
8. Kerajaan tiada halangan taja pelajar TVET ke luar negara - PM Anwar
Kerajaan tidak ada sebarang halangan untuk menaja dan menghantar graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah seliaan MARA bagi menyambung pengajian ke luar negara.
9. Saifuddin dedah gambar, dokumen berkaitan isu REE di Bukit Enggang
Menteri Dalam Negerimendedahkan gambar dan beberapa dokumen Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah berkaitan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik.
10. PRN: 'Saya sedar hanya semut merah yang menentang gajah' - Muhamad Khizri
Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim mengakui sedang bertempur dengan gergasi politik di kerusi berkenaan.
Astro Awani
Tue Aug 01 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Ogos 2023.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.