NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Mei 2025.
Menurut Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji, Anuar Ahmad, visa Mujamalah adalah kurniaan kerajaan Arab Saudi kepada individu atau agensi yang tertentu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menawarkan vaksin imunisasi Tdap secara percuma kepada ibu mengandung yang berada dalam usia kehamilan antara 28 hingga 32 minggu, bermula hari ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.
Pendakwah terkenal, Ahmad Fauwaz Fadzil telah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu berkuat kuasa 23 Mei 2025.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) turut membincangkan isu tarif Amerika Syarikat (AS) di peringkat bilateral dan antara ketua-ketua negara.
Kerjasama di antara sektor kerajaan dan swasta amat penting di dalam komuniti perniagaan bagi memastikan pembangunan dapat dicapai dalam masa yang singkat.
Pemimpin ASEAN hari ini menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045, yang menjadi antara dokumen paling signifikan dalam sejarah kepengerusian Malaysia.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diharap dapat melihat semula ekosistem badan induk itu dalam memastikan kebajikan kesemua pemain, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.
Yang dinanti-nantikan akhirnya tiba, Manchester United bersama skuad penuh mereka selamat mendarat pada Isnin menjelang aksi Maybank Challenge Cup 2025 menentang ASEAN All Stars 28 Mei ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami