ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu ,21 Januari 2021.
1) Malaysia perlu ubah 'skrip', kata Nazir Razak
Bekas Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak hari ini mencadangkan supaya membuat penyusunan semula kontrak sosial baharu bagi memastikan masa depan yang lebih baik dari aspek ekonomi, politik dan sosial.
Memetik laporan portal Free Malaysia Today, Nazir Razak memaklumkan bahawa perlu ada kajian semula mengenai ‘kontrak sosial yang tersirat’, sambil menambah ia dilihat berlaku dalam semua perkara di negara ini.
2) Pembangkang setuju sertai Jawatankuasa Khas Bebas mengenai darurat
Blok pembangkang hari ini bersetuju menghantar tiga nama Ahli Parlimen bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati secara langsung Yang di-Pertuan Agong berhubung darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini.
3) MAG terima kelulusan penting dalam usaha pelan penstrukturan semula
Mahkamah United Kingdom (UK) meluluskan permohonan Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd untuk melaksanakan komponen utama dalam pelan penstrukturan dan penyusunan semula operasi.
4) Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen sudah utus surat rayu Agong batal darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat.
Jelasnya, warkah itu bukan untuk membantah sebaliknya merayu ihsan serta kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong bagi mengkaji semula alasan dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini.
5) 36 kes positif COVID-19 babit pelajar balik ke asrama di Sabah - Masidi
Seramai 36 pelajar yang juga calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang ingin pulang ke asrama dikesan positif COVID-19 sehingga kini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.
6) Darurat: Malaysia sahaja yang gantung Parlimen kerana COVID-19 - Najib Tun Razak
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menamakan satu negara yang menggantung Parlimen atas alasan COVID-19.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Pekan itu berkata jika benar penggantungan Parlimen dapat mengukuhkan ekonomi, seperti didakwa Tengku Zafrul, amat rugi jika negara lain tidak mengikuti langkah Malaysia.
7) Kluster COVID-19 libatkan majlis pengebumian dan tahlil, 35 yang disaring sah positif
Salah satu daripada 16 kluster yang disahkan pada Rabu adalah melibatkan majlis pengebumian dan kenduri tahlil di Kampung Balibata.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kluster yang diberi nama sebagai Kluster Kampung Balibata itu melibatkan daerah Beaufort dan Sandakan di Sabah.
8) Muhammad Sajjad didakwa berpakaian seperti wanita ketika Majlis Solat Hajat
Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pertuduhan berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat, tiga tahun lepas, sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
9) COVID-19: Lebih 4,000 kes baharu, kes aktif kini lepasi 41,000
Negara kembali merekodkan kes harian melebihi angka 4,000 pada Rabu, selepas 4,008 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Kementerian Kesihatan.
Daripada jumlah tersebut, 4,003 adalah jangkitan tempatan membabitkan 2,802 di kalangan warganegara dan 1,201 bukan warganegara.
10) Projek kuari dipercayai punca kemusnahan Hutan Simpan Segari Melintang
Kemusnahan alam sekitar di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang, Manjung dipercayai berpunca daripada tapak projek kuari granit.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia merupakan hasil siasatan awal yang dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak ke atas kawasan hutan simpan itu pada Isnin lepas dan semalam.
Astro Awani
Wed Jan 20 2021

Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rentas daerah: Kegiatan ekonomi di pekan Rantau Panjang kembali rancak
Hampir 95 peratus kedai dan gerai telah dibuka selain kenderaan yang keluar dan masuk juga semakin bertambah.

Lembu KK Elit lebih besar, hasil formulasi makanan ternakan MARDI
Penyelidikan MARDI bagi formulasi makanan ternakan mengikut pengeluaran bagi lembu jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) itu diusahakan secara berterusan sejak 12 tahun lalu.

Perak pertama bina tempat rehat, rawat untuk penghantar makanan
Sebagai permulaan, tujuh tempat 3R akan dibina di Bandaraya Ipoh yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000.

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.

Dua remaja dimasukkan ke hospital Labuan selepas disengat obor-obor
Kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama keluarga mereka di pantai sebelum insiden itu berlaku pada 11 pagi.

Retrospektif #MH370
Retrospektif MH370: Galeri photo mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku berikutan nahas MH370 pada 8 Mac 2014

Kawasan tangki minyak di Syria musnah diserang peluru berpandu
Menurut laporan, serangan yang dibuat itu adalah dengan menggunakan peluru berpandu balistik

Politik | Tiada krisis dalaman dalam UMNO
Tiada sebarang krisis dalam UMNO, kata Datuk Seri Mahadzir Khalid. Naib Presiden UMNO itu berkata, berhubung isu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ia bukannya satu krisis apabila apa yang berlaku ialah hanya pemimpin memberi pandangan masing-masing.

Wanita Tulang Belakang Keluarga, Komuniti dan Negara
Wanita mempunyai peranan yang cukup besar di peringkat keluarga sehingga ke antarabangsa. Sehubungan itu, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyeru semua pihak agar bangkit menyokong peluang kesaksamaan wanita.

Politik | MIC sokong gubal undang-undang anti lompat parti
MIC menyokong penuh pendapat beberapa pemimpin parti yang mencadangkan supaya kerajaan menggubal segera undang-undang anti lompat parti di negara ini. Presidennya, Tan Sri S.A. Vigneswaran sifatkan perbuatan lompat parti itu sebagai budaya tidak sihat dan pengkhianatan kepada parti serta pengundi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.