PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) secara dalam talian.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata dalam serbuan di dua lokasi di Setapak, Kuala Lumpur dan Ampang, Selangor pada Khamis lepas itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki dan wanita warga Indonesia berusia 25 dan 35 tahun kerana dipercayai berperanan sebagai ‘promoter dalam talian’ bagi produk tersebut.
Beliau berkata turut dirampas produk kosmetik dan kecantikan pelbagai jenama, dua pasport Indonesia, wang tunai sebanyak RM3,263 serta 3.3 juta rupiah.
“Hasil semakan awal mendapati seorang daripada wanita yang ditahan itu memiliki Pas Lawatan Sosial yang masih sah laku, manakala seorang lagi wanita tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di Malaysia dan lelaki yang ditahan pula telah tinggal lebih masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ruslin berkata semua warganegara asing yang ditahan itu telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan kini ditahan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor.
“Warganegara asing ini juga akan disiasat oleh pihak KKM kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.
Beliau berkata pihaknya turut memberikan notis kepada seorang lelaki tempatan untuk hadir ke pejabat Jabatan Imigresen bagi membantu siasatan.
Menurutnya modus operandi sindiket itu adalah membawa masuk produk kosmetik dan kecantikan secara haram untuk dijual kepada pelanggan secara dalam talian melalui ejen dengan harga RM159 setiap satu.
Ruslin berkata sindiket itu menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan serta dipercayai telah beroperasi selama enam bulan.
“Operasi ini berdasarkan aduan dan risikan yang dilaksanakan selama tiga minggu, dengan disertai sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya serta pegawai penguat kuasa (farmasi) dari Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Sindiket itu menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan serta dipercayai telah beroperasi selama enam bulan. - Gambar/ Bernama
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Jemaah Islamiyah selepas 20 tahun
Munira Mustaffa, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT), The Hague
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Saya tiada lagi kawan bergaduh' - Abang
Kehilangan adik yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.
Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
Suami isteri Rohingya dicekup dalang sindiket palsu surat UNHCR
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar sindiket pemalsuan surat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Simpang Empat, di sini semalam.
'Sebagai orang kenamaan, King Sing seharusnya lebih menghormati undang-undang negara' - KPISM
KPISM kesal dengan tuduhan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung anggota imigresen yang terlibat rasuah.
'Penyebaran video sengaja untuk tutup kesalahan, aktiviti rasuah di KLIA' - King Sing
King Sing akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang penyebaran video berkenaan.
136 kes pegawai imigresen terlibat jenayah, salah laku
Sebanyak 136 kes melibatkan pegawai imigresen telah disiasat dan didapati melakukan kesalahan jenayah dan salah laku melibatkan proses kemasukan warga asing ke Malaysia, sejak 2020 hingga tahun lepas.