KEMAMAN: Polis menahan reman ibu kepada mangsa rogol berusia 16 tahun bagi membantu siasatan selepas remaja terbabit mendakwa dirogol oleh seorang buruh berusia 18 tahun pada awal bulan ini.
Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan permohonan reman selama tujuh hari ke atas wanita berusia 43 tahun itu bermula Ahad hingga Sabtu depan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ibu kandung mangsa ditahan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.
Menurutnya, polis menahan wanita tersebut kira-kira jam 7 petang pada Sabtu selepas siasatan awal dijalankan berhubung kes itu.
"Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dirogol lelaki berusia 18 tahun beberapa minggu lalu dan bapa tirinya yang berusia 32 tahun disyaki menjadi dalang kes tersebut.
"Bagaimanapun, selepas siasatan lanjut dilakukan, mangsa turut mendakwa dia pernah dirogol bapa tirinya itu di kediamannya sebelum ini," katanya kepada pemberita, di sini, pada Ahad.
Hanyan berkata, polis telah menahan lelaki berusia 18 tahun dan bapa tiri mangsa yang merupakan pengumpul barangan terpakai awal pagi Sabtu lalu.
Katanya, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula Sabtu sehingga Jumaat depan.
"Siasatan kes ini dibuat selepas mangsa bersama kakaknya yang berusia 19 tahun tampil membuat laporan di balai polis.
"Mangsa yang merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.
"Kita akan melihat sama ada terdapat penglibatan ibu mangsa dalam kes ini dan akan menyiasat sekiranya wujud pengabaian terhadap mangsa mengikut Seksyen 3 AKKSTKK," jelas beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 21 2024
Polis menahan reman ibu kepada mangsa rogol berusia 16 tahun bagi membantu siasatan selepas remaja terbabit mendakwa dirogol oleh seorang buruh berusia 18 tahun pada awal bulan ini. -Gambar hiasan
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
Kes rogol pelajar Tingkatan 4: Ibu kandung mangsa direman 7 hari
Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan permohonan reman selama tujuh hari ke atas wanita berusia 43 tahun itu bermula Ahad hingga Sabtu depan.
Bayi perempuan baru lahir ditemui di lantai kedai jual ayam
Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai pemilik kedai berkenaan kira-kira jam 7.50 pagi tadi.
Kepala air Jeram Air Putih: Hari kedua operasi SAR disambung, kesan lapan lagi mangsa
Pada operasi hari ini, pasukan akan memulakan pencarian pada radius 8km dari lokasi kejadian di kiri dan kanan tebing jeram.
Remaja 13 tahun ditahan pandu kereta tanpa lesen
Remaja terbabit juga tidak mengendahkan arahan polis supaya memberhentikan kenderaan malah terus memecut melarikan diri.
Polis tahan dua pekerja pusat hiburan terlibat rompakan bersenjata
Kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 pagi Khamis dalam dua tangkapan berasingan.
Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis
Suspek berusia 40 tahun berjaya ditahan hasil risikan pasukan polis selepas menerima rakaman video daripada seorang saksi.
Kanak-kanak lelaki 11 tahun dikhuatiri lemas di Kemaman
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas manakala dua rakannya selamat ketika mandi-manda di alur Sungai Kuala Kemaman.
Dua pelajar UCTATI maut kenderaan dirempuh 4WD
Siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut gagal mengelak dan merempuh bahagian sisi Perodua Kancil.
Bakar remaja: Polis rakam percakapan 15 individu
Polis telah merakam percakapan 15 individu bagi membantu siasatan berhubung kes bakar seorang remaja lelaki di Kampung Perasing Jaya, Jabor.
Dituduh curi RM100, remaja melecur dibakar rakan
Akibat kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun melecur dari leher hingga ke bahagian belakang badan.