INGOLSTADT: Seorang wanita berusia 23 tahun didakwa selepas menikam seorang penulis blog kecantikan Algeria di Jerman sehingga maut dalam usaha untuk memalsukan kematian sendiri.
Wanita berketurunan Iraq yang dikenali sebagai Shahraban K didakwa menikam mangsa dikenali sebagai Khadidja O, sebanyak 50 kali sehingga menyebabkan wajah cacat sepenuhnya.
Shahraban K kemudian meninggalkan mayat dalam kenderaan Mercedes Benz miliknya dalam usaha membuktikan bahawa dia sebenarnya mangsa pembunuhan.
Dalam pada itu, Shahraban K dan teman lelakinya dikenali sebagai Sheqir K dilaporkan bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
Kejadian berlaku di bandar Ingolstadt, Jerman pada Ogos lalu selepas Shahraban K menjejaki Khadidja O di media sosial kerana terdapat persamaan penampilan dengan dirinya.
Menurut laporan lagi, Shahraban K mahu memalsukan kematiannya sendiri demi melarikan diri daripada isu keluarga. Dia juga telah mewujudkan beberapa akaun media sosial dan menghubungi wanita lain yang menyerupainya, salah seorang daripadanya ialah Khadidja O.
Pendakwa raya Jerman berkata Shahraban K dan Sheqir K berkawan dengan Khadidja O, yang tinggal di Heilbronn membawa wanita itu ke hutan yang menjadi lokasi pembunuhan berlaku.
Kecacatan muka adalah sebahagian rancangan yang disengajakan yang mana polis hanya menyedari identiti sebenar mangsa selepas bedah siasat dilakukan, pada mulanya percaya ia adalah mayat Shahraban K selepas dimaklumkan tentang kehilangannya oleh bapanya.
Pendakwaraya yang berpangkalan di Ingolstadt, Veronika Grieser mengesahkan tertuduh menghubungi beberapa wanita melalui Instagram yang kelihatan serupa dengannya.
“Boleh diandaikan bahawa suspek mahu bersembunyi, kerana pertikaian dalaman dengan keluarganya, dan memalsukan kematiannya sendiri,” katanya.
Astro Awani
Thu Feb 02 2023
Pendakwa raya Jerman berkata Shahraban K dan Sheqir K berkawan dengan Khadidja O, yang tinggal di Heilbronn membawa wanita itu ke hutan yang menjadi lokasi pembunuhan berlaku. - Foto TikTok/@khadija2299
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Lima anggota tidak tetap UNSC mulakan tugas
Algeria, Guyana, Korea Selatan, Sierra Leone dan Slovenia pada Selasa mengambil peranan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
Kedutaan Algeria akan lancar pusat pelancongan di Malaysia lonjak hubungan kebudayaan
Duta Algeria ke Malaysia Abdelhafid Bounour berkata pihaknya kini dalam peringkat perancangan awal untuk mengoperasikan pusat itu.
Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia
Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat terawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.
Palsukan kematian diri sendiri, wanita nekad tikam penulis blog 50 kali
Seorang wanita berusia 23 tahun didakwa selepas menikam seorang penulis blog kecantikan Algeria di Jerman sehingga maut dalam usaha untuk memalsukan kematian sendiri.
Piala Dunia Qatar: Siarkan kemenangan Maghribi, pengarah stesen televisyen Algeria dipecat
Kerajaan Algeria memecat Pengarah Penubuhan Televisyen Awam (EPTV), Chabane Lounakel selepas menyiarkan kemenangan Maghribi menentang Portugal dengan skor 1-0 di pusingan suku akhir Piala Dunia 2022.
Isu keselamatan makanan, Palestin agenda utama mesyuarat Liga Arab di Algeria
Aboul-Gheit gesa Palestin laksanakan Deklarasi Algiers yang ditandatangani dua minggu lalu dalam usaha mencapai perdamaian sebenar.
Warga asing serang polis dipercayai ada masalah mental
Suspek yang juga gelandangan itu berada di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.
Gurun Sahara diliputi salji, jaluran ais
Lokasi itu yang terletak di luar bandar Ain Sefra iaitu salah satu tempat paling kering di dunia dikejutkan dengan kehadiran salji dan hablur-hablur ais.
Kebakaran hutan melanda Algeria, 65 termasuk anggota tentera maut
12 anggota tentera turut mengalami kecederaan termasuk melecur dengan sebahagian daripadanya cedera parah.
Tokyo 2020: Kepulangan atlet judo Algeria disambut bagaikan sang perwira
Nourine mengumumkan bahawa dia akan menarik diri daripada acara itu kerana 'perjuangan Palestin lebih penting'.