KOTA BHARU: Bagi mengembalikan semula kegemilangan sepak takraw negara, semua pihak terlibat perlu menyusun semula langkah dan membentuk pentadbiran atau sebuah entiti yang mampu membawa perubahan.
Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) Zuraidin Abdullah berkata pihaknya melihat perkara itu perlu dilakukan selepas beberapa persatuan sepak takraw negeri menarik diri daripada Persatuan Sepak Takraw (PSM) susulan digantung sementara oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).
"Ia perlu dibentuk dengan kerjasama pelbagai pihak dengan hala tuju serta visi dan misi yang jelas berikutan wujud kelemahan-kelemahan ketara menyebabkan kami dan persatuan lain hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PSM.
"Saya telah berbincang bersama rakan-rakan, kita akan berusaha sedaya upaya untuk membangunkan semula sukan sepak takraw ini dalam mengembalikan Malaysia sebagai kuasa utama sepak takraw di dunia," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Sebelum ini, empat persatuan iaitu GASTAK, Persatuan Sepaktakraw Negeri Johor (PSTJ), Persatuan Sepaktakraw Selangor (PSS) dan Persatuan Sepaktakraw Negeri Kedah (Pestak) mengumumkan menarik diri daripada PSM selepas ASTAF menggantung sementara PSM daripada sebarang aktiviti berkaitan sukan berkenaan berkuat kuasa 28 April lepas.
Mengulas lanjut, Zuraidin berkata hasil perbincangan pihaknya bersama kesemua pihak persatuan yang menarik diri itu, mereka telah sepakat akan merangka pelbagai program sekiranya diberikan peluang untuk menerajui pengurusan sukan itu.
Beliau berkata antaranya adalah memastikan persediaan pasukan kebangsaan lebih mantap dan berkesan dengan melibatkan pemilihan pemain lebih telus dan menyeluruh, pelantikan jurulatih berwibawa, penyediaan kemudahan lengkap serta penggunaan khidmat sokongan sains serta perubatan sukan terkini yang disediakan Institut Sukan Negara (ISN).
"Perbincangan akan dilakukan dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga agar sepak takraw dapat diterima semula sebagai sukan teras. Peranan yang lebih aktif akan diambil dalam memastikan kejayaan program ini kelak," katanya.
Beliau berkata bagi menjayakan setiap program yang dirangka itu satu pelan tindakan (blueprint) jangka panjang juga akan disediakan dalam memastikan hala tuju sukan sepak takraw untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.
"Perkara lain yang dipersetujui bersama antaranya adalah untuk memiliki pejabat pengurusan dan tempat latihan formal selain di Majlis Sukan Negeri dan mengharapkan Stadium Titiwangsa sebagai pusat aktiviti persatuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 16 2021
Zuraidin ikrar akan berusaha sedaya upaya membangunkan semula sukan sepak takraw dalam mengembalikan Malaysia sebagai kuasa utama sepak takraw di dunia. - Gambar hiasan
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sumali ketuai jawatankuasa khas pengiraan ranking dunia sepak takraw
Sumali dilantik mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia yang julung kalinya diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei ini.
Piala Dunia 2024: ISTAF jamin mutu pengadilan terbaik
ISTAF mengenal pasti 20 hingga 30 pengadil bertauliah dari Malaysia untuk kejohanan yang menawarkan ranking dunia buat julung kalinya.
KBS salur lebih banyak bantuan, sokongan majukan sukan sepak takraw
Antaranya meliputi program pembangunan bakat baharu sukan sepak takraw yang merupakan asas bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu.
Kemarau 39 tahun berakhir, Melaka akhirnya juara Piala Emas Khir Johari 2024
Melaka muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2024 selepas menewaskan Pulau Pinang 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini.
Sepak Takraw: ISTAF terima cadangan PSM
Cadangan PSM itu diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF yang berlangsung pada 8 Dis lepas.
PSM rancang perkenal Program Pembangunan Sepak Takraw Negara
NSDP akan tampil dengan pendekatan lebih menyeluruh dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Pendidikan (KPM).
Malaysia anjur Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Kejohanan itu yang kali terakhir dianjurkan Malaysia pada 2011, akan melibatkan penyertaan dari 20 negara.
Regu negara berdepan tugas getir pertahan emas
Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun itu yang merupakan juara bertahan akan membuat perhitungan menentang Thailand.
Sukan Asia: Regu negara mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan
Skuad sepak takraw kebangsaan tidak berdepan masalah melangkah ke peringkat separuh akhir acara antara regu lelaki dengan bergaya pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.