SHAH ALAM: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan menarik balik hasrat untuk membuat laporan polis terhadap pempengaruh media sosial, Dd Chronicle berkait video parodi dilakukan yang didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.
Ketuanya, Mohd Hasbie Muda berkata, pihaknya tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e, 43.
"Permohonan maaf diterima. Tetapi laporan polis tetap diteruskan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dilaporkan akan membuat laporan polis secara serentak seluruh Malaysia pada jam 3 petang, Jumaat ini.
Ia susulan video yang dimuat naik oleh Dd Chronicle di YouTube yang mendapat kecaman hebat daripada warganet kerana didakwa mempersendakan agama serta menghina mahkamah.
Video parodi berdurasi tiga minit 55 saat itu memaparkan Dd Chronicle menyatakan bahawa perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman.
Bagaimanapun, pada Rabu pempengaruh tersebut tampil memberi penjelasan dan mengakui kesilapan berlaku kerana terlepas pandang serta tidak berhati-hati terhadap fakta walaupun hanya untuk video parodi.
Justeru, atas kesedaran tersebut dia bertindak memadam video berkenaan demi menghormati undang-undang.
Dd Chronicle juga bersikap terbuka menerima sebarang tindakan yang bakal diambil, namun berharap laporan dilakukan atas dasar menjaga agama dan perlembagaan, bukan kerana musuh politik. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 14 2024
Mohd Hasbie berkata, pihaknya tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle. - Foto Sinar Harian
Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur
DBKL meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.