TAWAU: Seorang wanita mengalami kerugian dianggarkan RM2,000 dan cedera di pergelangan tangan selepas diragut di sebuah kedai, di Fajar, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa berumur 33 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai cedera akibat diragut menggunakan pisau pemotong kertas.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, semasa kejadian mangsa hanya sendiri di dalam kedai tempatnya bekerja.
Katanya, suspek berumur 20 tahun memakai topi dan pelitup muka datang berpura-pura ingin membeli barang di kedai tersebut.
“Suspek kemudian pergi ke kaunter pembayaran seolah-olah mahu membayar barang yang diambil, namun sebaliknya terus meragut gelang tangan emas mangsa menggunakan pisau pemotong kertas.
“Akibat kejadian itu, pergelangan tangan kiri mangsa luka dan gelang tangannya juga turut dibawa lari suspek,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Jumaat.
Menurutnya, mangsa terus dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut dan menerima lima jahitan.
Jasmin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Petrus Bernard
Sat Dec 31 2022
Suspek berumur 20 tahun memakai topi dan pelitup muka datang berpura-pura ingin membeli barang di kedai tersebut. - Gambar hiasan
Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.
Zhi Yi ubati kekecewaan slot Olimpik Paris dengan gelaran Masters Malaysia
Pemain China berusia 24 tahun itu bangkit daripada ketinggalan menewaskan bekas juara dunia PV Sindhu 16-21, 21-5, 21-16 pada aksi final.
Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019
Ini menandakan sidang kemuncak tiga pihak pertama antara negara-negara Asia berkenaan sejak Disember 2019.
10,000 sertai protes 'pelancong balik rumah!' di Mallorca
Penganjur mendakwa 25,000 orang menghadiri acara itu dan mengecam peningkatan jumlah pengunjung dan rumah percutian di pulau itu.
Suhu tertinggi direkodkan di Mexico City
Awal minggu ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 138 ekor monyet mati di selatan Mexico akibat cuaca panas.
3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
Polis sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.
Lantikan terajui PKR Sabah adalah taklif, bukan tashrif - Mustapha
Katanya, perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi dan mengangkat kearifan.
Indonesia sokong keputusan ICJ supaya Israel hentikan serangan ke atas Rafah
Kementerian Luar Indonesia menyatakan sokongan terhadap keputusan terkini Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel supaya segera menghentikan serangan tenteranya ke atas Rafah.
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
Presiden Zelensky rayu pemimpin dunia sertai Sidang Kemuncak Keamanan
Zelensky menyatakan, rakyat Ukraine tidak mahu Piagam PBB diabaikan, seperti buku-buku yang terbakar.
Video tular: Polis buru suspek serang, ragut rantai emas peniaga guna parang
Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun itu mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM15,000.
Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut
Suspek yang juga bermotosikal meragut gelang tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
Guru wanita kerugian RM30,000, rantai diragut
Mangsa diragut seorang penunggang motosikal ketika dia bersama anaknya berjalan ke arah kereta sebaik selesai membeli barangan di pasar raya.
Polis buru suspek ragut warga emas di Manjoi
Semasa kejadian, mangsa wanita berusia 63 tahun telah diragut oleh seorang penunggang motosikal dari belakang.
Dua lelaki ragut wanita hingga cedera ditahan
Kedua-dua suspek ditahan di Pasir Puteh, pada 6.30 petang pada Sabtu lepas, hasil risikan dan intipan dijalankan pihak polis.
Polis cari lelaki ragut beg tangan wanita
Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai meragut beg tangan seorang wanita yang menyebabkan mangsa kerugian RM2,800 dan lebam di tangan dalam kejadian di Lorong Selamat, di sini semalam.
Ragut beg tangan wanita, penganggur dipenjara 30 bulan
Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah hotel di Jalan Sarikei Setapak, Kuala Lumpur, pada 3.40 pagi, 28 Nov lepas.
Wanita rugi RM2,000, cedera akibat diragut
Mangsa berumur 33 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai cedera akibat diragut menggunakan pisau pemotong kertas.
Video tular: Peragut wanita dah kena cekup polis
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai meragut beg tangan seorang wanita di Lorong Songkit 3, Taman Sentosa di sini pada Selasa.